Salaamun 'ala manittaba'al huda.
1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam
mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan suka menjawab.
Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan
lagi
kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah
berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas
kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan
disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman
kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta
maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.
3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti
hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah
sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita
perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu
yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja
dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.
4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika
panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu
hari Isnin, Khamis dan Jumaat.
5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera
bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan
kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh,
hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.
6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau
suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak
lauk
asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati.
Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga
hancur kerana
meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya
sedangkan isteri tidak menggemarinya.
7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera
dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas
dan
cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan
peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga
jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya,
sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.
8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar
suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak
menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi
sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.
9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak,dahulukanlah kehendak suami,
begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah
ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan
satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.
10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan
kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu
kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat
diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang
lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya
meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah
perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti
inilah yang sering berlaku di kalangan
para isteri.
11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di
rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya
senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.Ketahuilah bahawa bersenda gurau
antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah
swt.
12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta
biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas
seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya
memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan
seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat
mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi
zat di samping tidak terjamin kebersihannya.
Muhasabah bersama buat para wanita bergelar isteri krn Rasulullah SAW pernah
bersabda:
"Sekiranya daku dibenarkan memerintahkan seseorang bersujud kepada orang
lain nescaya aku akan perintahkan para isteri bersujud kepada suaminya"
Riwayat Tarmizi dan Ibn Hibban.