Saturday, November 27, 2010

Dakwah Bukan Untuk Pemikul Yang Manja!



Dakwah bukan untuk orang yang malas. Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri. Dakwah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa. Dakwah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join. Yang penat, bersusah payah, elak. Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh Tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.

Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami, yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman bila dia dalam kesusahan. Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.

Yang cepat mengalah, yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain. Yang hanya pandai bercakap dan menulis, tapi amal kosong.

Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’dan usrah hanya kerana nak disebut sebagai orang yang ditarbiyah. Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute. Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah. Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh. Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

Dakwah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Dakwah bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot. Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

Ingat…

Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara. Cuma, tanpa tarbiyyah,
tanpa dakwah, belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti…INGAT TU.

Tak mengapa...

Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda. Berbahagialah seadanya.

Saya menghitung diri. Terlalu kerap menuturkan “saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..” Adakah ini petandanya saya terlalu MANJA?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.

Tuesday, November 23, 2010

The Real Muslimat


Real Muslimat

Peranan wanita dalam menggerakkan Dakwah Islamiyyah tidak harus dipandang enteng. Jika dahulunya persepsi masyarakat menganggap peranan mereka ini hanya sebagai ‘peranan di sebalik tabir’, bersifat destruktif dan lemah, namun hari ini ungkapan tersebut wajar diperbetulkan. Tanggungjawab dalam memperbaiki masyarakat kampus adalah sama besar seperti peranan yang dimainkan oleh du’at lain. Ini diseru oleh Allah di dalam surat At-Taubah, ayat 71 yang bermaksud :

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebagian mereka (adalah) menjadi penolong sebagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah ; Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.."

Setiap mahasiswi pendokong Islam mestilah benar-benar menyedari bahawa mereka mempunyai peranan yang tersendiri dalam membina kekuatan ummah dan mendorong perjuangan ke mercu kejayaan. Oleh itu saya merasakan HEWI PMIUTM merupakan platform terbaik buat mahasiswi bersatu. Walaupun mahasiswi dikenali sebagai golongan yang lemah-lembut, namun dari fakta sejarah telah membuktikan bahawa mereka telah memberikan sumbangan yang sangat besar ertinya kepada perjuangan Islam.

Kisah sejarah srikandi Sumayyah dan keluarganya dibunuh oleh kaum musyrikin telah membuktikan kecekalan dan ketabahan hati seorang wanita dalam mempertahankan aqidah hanya untuk mentauhidkan Allah yang Esa. Saidatina Asma’ Abu Bakar juga salah seorang wanita yang telah menempa nama dengan turut sama membantu Baginda SAW, ayahandanya dan para sahabat dalam menegakkan Islam. Dengan menghantar makanan kepada mereka ketika dalam perjalanan untuk berhijrah ke Madinah, beliau perlu diiktiraf sebagai pendokong, pejuang dan pembela agama Islam. Walaupun usianya ketika itu masih muda remaja namun beliau begitu berani dalam melaksanakan arahan dan perintah Baginda SAW.

Justeru itu,berdasarkan pristiwa sejarah Islam yang lalu, muslimat kini berperanan penting dalam gerakan mahasiswa seperti membantu dalam pengurusan organisasi yang sistematik, sumbangan idea yang bernas, mengatur strategi dalam memberi kesedaran dan kefahaman Islam yang jelas kepada masyarakat khususnya golongan hawa di kampus. Mahasiswi hendaklah sentiasa bersama dalam menghulurkan sumbangan, menunaikan amanah dan tanggungjawab. Kebersamaan mereka dalam bertindak di lapangan perjuangan ini dapat menampung segala kekurangan dan kelompangan yang disedari mahupun tidak.

Agenda dakwah yang besar dan menuntut mahasiswi menyediakan hati yang kental dalam menghadapinya. Jadilah muslimat yang berjiwa besar dengan mengambil ibrah menerusi apa yang telah dilalui oleh generasi sebelum ini. Memetik kata – kata saudari Rafidah binti Salleh, mantan Timbalan Presiden GAMIS, selaku Penasihat SIGMA (SRIKANDI GERAKAN MUSLIMAT MUDA), “Muslimat muda yang tergolong dalam golongan intelektual perlu lebih berjiwa besar dan memandang masalah masyarakat pada hari ini adalah tanggungjawab kita. Idealisma kita sangat didahagai oleh semua untuk membawa masyarakat ke arah yang lebih baik dan bertamadun dari segi akhlak dan budayanya”.

Muslimat Dinamik

Mahasiswi merupakan golongan majoriti penghuni kampus. Rugi andaikata tenaga kerja sebegini banyak tidak dimanfaatkan dengan sebaik mungkin demi kepentingan Islam. Malahan, mereka mampu menjadi sebahagian daripada kilang tersebarnya risalah Islam kepada masyarakat kampus itu sendiri. Muslimat mesti bergerak dengan cara yang tersendiri dan berbeza dengan mahasiswi-mahasiswi yang lain. Keizzahan gerakan muslimat terbina daripada kefahaman mereka terhadap akidah perjuangan dan keimanan dalam diri. Sebagai muslimat yang terlibat dalam menyebarluaskan fahaman Islam, mereka harus memiliki prinsip akidah yang utuh dan mampu menyusun strategi dalam lingkungan syariah bagi membawa risalah dakwah.

Oleh itu, muslimat perlu menyediakan diri dalam setiap lapangan ilmu terutamanya dalam menjuarai isu semasa bagi memastikan pergerakan dakwah Islam berjalan lancar dan kemenangan Islam itu menjadi jelas dan semakin hampir.

Seteguh Karang Di Lautan Ummah

Tsunami kerosakan akhlak yang melanda masyarakat kita pada hari ini sememangnya menuntut serikandi kita untuk membentuk dan memiliki jiwa seteguh karang di lautan. Biarpun hebat badai datang melanda, namun keteguhan dan keutuhan diri ‘Real Muslimat’ itu tidak akan berganjak walaupun seinci. Ruang dan peluang untuk muslimat itu berpencak sememangnya sudah tersedia ada. Program Teman Muhasabah Hewi (TM Hewi) contohnya banyak membantu muslimat dalam mendekatkan jurang dengan mahasiswi kampus yang lain. Selain itu juga, platfom ini dapat digunakan untuk mengasah bakat mereka terutamanya dalam kemahiran pengucapan awam, kemahiran komunikasi, kemahiran menguruskan organisasi yang mana akhirnya mampu menyediakan ikon dalam kalangan masyarakat kampus. Selain itu juga, penganjuran Kem Jati Diri Siswi (KEJASIS) turut membuka jalan kepada mahasiswi untuk meningkatkan kualiti dan kemahiran diri.

‘Track record’ perjuangan hari ini telah meletakkan muslimat di persada dakwah melalui inovasi dan idea cetusan baru sentiasa menuntut kepada keberanian, keikhlasan dan kecekalan hati para ahlinya. Real Muslimat perlu memiliki ciri-ciri anggun, bijak dan solehah. Dalam konteks muslimat yang terlibat dalam menggerakkan dakwah di kampus hari ini, perlu untuk mereka memiliki ciri-ciri seumpama ini dan tidak hanya menumpukan pada ciri-ciri tertentu sahaja.

Konklusinya, muslimat hari ini mestilah mewarnai diri dengan segala sikap dan sifat muslimah sejati. Iaitu mempunyai ilmu penuh di dada, menyediakan diri untuk ditegur, malah redha atas segala kekurangan diri dan mempunyai tekad untuk membaikinya, terus sabar mengatur langkah menegakkan yang hak dan bersiap siaga ke medan perjuangan.

*Petikan ucapan dasar Muktamar PMIUTM kali ke-8.

Monday, November 22, 2010

.: Mahasiswa Ghuraba' :.



Assalamualaikum wbt.
Sedikit perkongsian buat sahabat2.

Intima'kan pembelajaran dengan Islam...

Apakah??

Menjadi golongan ghuraba' bukanlah impian semua mahasiswa yang berada di kampus, bahkan ada sahaja di kalangan golongan ini yang 'futur' di tengah-tengah medan perjuangan. Perjuangannya bukanlah hingga memerlukan senjata terangkat, hanya perlukan ilmu sebagai 'perisai', kata-kata sebagai 'pedang'nya dan pena sebagai 'pistol'. Kalau nak 'pistol' canggih sikit, boleh jadi blog lah sebagai 'pistol laser'nya.

Kita sentiasa di doktrinisasikan oleh sesetengah manusia yang tidak bertanggungjawab bahawa mahasiswa perlu cemerlang dalam akademik. Mahasiswa itu bertanggungjawab pada akademik, tidak ada ruang langsung untuk kenegaraan, globalisasi dan sebagainya. Tetapi, bila kita berbicara tentang mahasiswa dan dakwah, perkara ini bukanlah sesuatu yang tidak akademik, bahkan ia lebih diutamakan jika kita mahu benar-benar melihat mahasiswa kita berjaya.

Kadang-kadang, kita bukannya berbeza sangat dari rakan-rakan yang lain. Kita sebenarnya sama, cuma mereka tidak merasai apa yang kita rasa, tetapi kita merasai apa yang mereka rasa. Sebagai satu contoh, kita belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat kejayaan yang cemerlang , kita memastikan kita memperolehi kerja yang terbaik dan kita memastikan kita mampu memenuhi kehendak dan hak ibu bapa. Itu adalah kemahuan semua, biarkan mereka tidak berintima' dengan Amal Islami.

Tetapi, bila merasai keperluan dakwah dan menggabungkan diri dengan Amal Islami, kita belajar bersungguh-sungguh bukan kerana sekadar untuk berjaya dengan cemerlang semata-mata, tetapi mengambil peluang yang ada untuk meningkatkan ekonomi diri dan keluarga serta menyediakan peruntukan yang boleh disumbangkan untuk Islam. Pernah tak rakan-rakan terfikir terfikir hingga ke tahap itu? (Sekadar muhasabah...)

Musim perang pena masih berjalan...Sentiasalah berusaha dan ikhlaskan niat kita kerana Allah. Mendapat keputusan yang cemerlang atau kurang cemerlang itu semuanya rezeki dari Allah...Oleh itu yakin dan percayalah result itu adalah yang paling pantas dan terbaik buat kita...



"Allohummaj'alna minannajihin...walfaizin...walmutafawwiqinn fi imtihanina..."

Thursday, November 18, 2010

Aku Tinggalkan Cintaku Demi DIA

Assalamualaikum wbt.
Ke arah meng'update' blog, jadi saya kongsikan dgn sahabat2 sekalian entry ni.
Semoga ianya bermanfaat.
Diambil dari blog seorang sahabat :
http://nianurani.blogspot.com



Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera buat sahabat-sahabatku dan pengunjung .::Permata Yang Dicari::.. Apa khabar iman kalian hari ini?? Insya'allah, semoga iman kita bertambah lebih-lebih lagi di bulan yang penuh barakah ini...Post saya pada kali ini ditujukan khas buat seorang insan. "Aku Tinggalkan Cintaku Demi DIA"..

Sukarnya hati membuat keputusan untuk memilih antara cinta manusia dengan cinta Allah. Bukan bermakna tidak mencintai Allah, cuma hati tidak kuat untuk menghadapinya. "Saya mahu clash!!" Kata-kata keramat yang amat susah untuk kita luahkan pada insan yang sudah mula bertakhta di hati. Lebih-lebih lagi bila hubungan itu sudah lama terjalin. Tapi kita sering lupa hubungan yang terjalin antara kita dan Allah lagi lama sebelum kita dilahirkan lagi. SuhanaALLAH!!Saat kita mendambakan cinta seorang makhluk, ada YANG MAHA HEBAT sedang mencintai kita. Oleh kerana asyik mengejar cinta sesama makhluk, kita terkadang terlupa tentang masyuknya bercinta dengan YANG MAHA PENYAYANG iaitu ALLAH S.W.T. Yang dapat memberi kita kebahagian bukan saja didunia malah di akhirat sana.

"Tapi saya terlalu sayangkan dia.." Bohonglah saya cakap jika hubungan yang kalian bina tiada kasih sayang. Cuma kasih sayang ditumpahkan pada tempat yang salah dengan cara yang tidak betul. Jika kalian menyayangi pasangan masing-masing dengan begitu hebat, cuba bayangkan kasih sayang ALLAH pada kita. Cuba lihat di sekeliling kita. Apa lagi yang kurang?? Semua nikmat yang kita peroleh hasil daripada CINTA dan KASIH SAYANG-NYA. Tapi apa yang kita peroleh daripada cinta manusia yang tidak bersandarkan padaNYA??

Kuatkanlah dirimu wahai sahabatku. Kutahu agak sukar kalian untuk membuat pilihan. Tetapi percayalah dengan pilihan yang telah kalian lakukan. Jika Allah yang kalian pilih, maka kalian akan memperoleh cinta yang kekal abadi..Tapi jika cinta tak halal yang menjadi pilihan, Allah tidak rugi apa-apa, bahkan kita yang menanggung kerugian. Bila kalian memilih untuk meninggalkan cinta si dia, usah ragu dengan pilihan kalian kerana itulah pilihan yang terbaik dikurniakan oleh ALLAH untuk hamba-hambaNya yang terpilih. Yaa!!kalian adalah insan terpilih. Teruskan dengan keputusan kalian.

"Saya bimbang jika diri tak kuat" Kita semua memang hamba yang lemah dan tidak kuat. Kita tidak mampu untuk menjaga hati kita sendiri. Tapi tak bermakna kita harus membiarkan kelemahan kita itu sebagai alasan untuk kita membenarkan segala yang salah. Kekuatan harus dibina dan dipupuk bukannya kena tunggu dulu, baru kekuatan bisa mengalir. Duhai saudaraku sekalian, selamilah hati dan kenalilah hati kalian. Apakah tujuan ikatan yang sedang kalian nikmati. Jika demi menuju redhaNYA, Alhamdulillah. Tapi jika berlandaskan nafsu semata-mata, nauzibillahi minzalik!!

Kepada rijjal, jika nisa memilih jalan untuk meninggalkanmu demiNya, berterima kasihlah kerana dia menyelamatkanmu daripada terheret ke lembah kehancuran. Jangan pula kalian menyalahkan nisa dan melontarkan kata-kata yang bisa menggoyahkan keputusan nisa. Jangan pula kalian menghamburkan kata-kata yang keterlaluan demi menggambarkan perasaan kalian yang tidak keruan. Buat Nisa, jika rijjal lebih memilihNya daripadamu, bersyukurlah! Kerana bukan senang untuk seorang Rijjal melepaskan seorang bidadari sepertimu melainkan kerana takutkan Allah S.W.T. Janganlah pula kalian bermandi air mata darah, kerana kita manusia yang tidak layak untuk ditangisi. Sebaiknya alirkanlah air mata demi meraih CINTA-NYA yang SUCI lagi HAKIKI..

Semoga dengan pilihan yang diambil oleh kalian, insya'allah mendapat gantian yang lebih baik daripada ALLAH S.W.T. Amin..

Bercinta secara halal..

ps:-sahabatku, aku yakin dirimu kuat!Dia tidak layak untuk ditangisi..Ingat, Aku kan sentiasa bersamamu dan yang paling penting Allah tidak pernah meninggalkanmu walau sesaat..Jadilah mawar yang penuh duri agar duri itu sentiasa melindungmu. Jangan pula dibuang duri-duri yang ada..saya tujukan khas lagu Kerana Cinta(yg sedang dimainkan dlm blog) untuk kalian..

~untuk menjadi yang terbaik masih belum kumampu, namun kucuba sedaya upaya..