Saturday, December 18, 2010

Muliakah kita orang yang ditarbiyyah?



'Ana nak tanya antum. Apa hebatnya kita ini berbanding orang-orang yang tidak duduk di dalam halaqah ini?', bibir tua itu mengukir senyum. Tersirat.

'Ada sesiapa yang boleh jawab?'

Lalu seorang anak muda bangkit mahu menjawab. 'Ustaz. Pada pandangan ana, kita berbeza kerana kita ditarbiyyah'.

'Lalu, apa yang enta maksudkan dengan tarbiyyah itu?'

Terdiam sebentar anak muda itu. 'Ustaz, bagi ana, ana merasakan tarbiyyah itu seperti satu tembok yang memisahkan diri ana dengan orang-orang yang sedang sibuk bergelumang dengan duniawi'.

Semakin lebar senyum si guru tua itu. 'Jazakallah. Bagaimana dengan orang lain?'

'Ana, ustaz'. Seorang pemuda yang lain menggangkat tangan. 'Ana mahu beri pandangan. Ana rasa, kita mulia kerana kita melaksanakan dakwah kerana dakwah inilah jalan hidup para rasul dan orang-orang beriman'. Penuh semangat bicaranya. Semua mata yang berada di bilik kecil itu memandangnya dan mengangguk-angguk tanda setuju dengan bicara anak muda berkopiah coklat itu.

Guru tua itu menarik nafas, mahu menyambung bicara. Riak wajahnya masih tenang seperti tadi.

'Anak-anak ku. Apa mulianya kita ini? Antum kata kita ditarbiyyah. Antum kata kita berdakwah. Adakah ini kemuliaan yang sebanar?'

'Mengapa ustaz? Salahkah?', potong seorang pemuda.

'Yalah ustaz. Bukankah Rasulallah juga ditarbiyyah? Dan bukankah Rasulallah juga berdakwah?', lelaki yang lain pula menambah.

Guru tua itu senyum sahaja. Matanya memandang wajah bersih anak-anak muda yang berada di sekelilingnya.

'Anak-anakku. Tidak dinafikan, Rasulallah juga berdakwah dan Rasulallah juga ditarbiyyah. Tarbiyyah yang direct datang daripada Allah melalui perantaraan Jibril a.s . Rasulallah juga berdakwah, tanpa penat, jemu, lelah, dan putus asa'.

Keadaan sepi sebentar.

'Namun anak-anakku, adakah dakwah dan tarbiyyah yang kita lalui ini menjanjikan kemuliaan bagi kita disisi Allah? Tidak. Tidak. Lupakah antum akan apa yang Allah kata tentang kemuliaan? Allah sebut dalam surah al-Hujurat, bahawa sungguh! kemuliaan itu hanyalah bagi orang yang bertaqwa'.

Pemuda-pemuda di sekelilingnya mengaguk-angguk tanda faham. Antara mereka, ada yang mencatat sesuatu.

'Taqwa. Satu perkataan tapi ianya sangat besar maksudnya. Di dalam taqwa lah, wujud dakwah dan wujud juga tarbiyyah'

'Tadi, saudara kita ada berkata bahawa kita mulia kerana tarbiyyah dan dakwah. Ana terkejut juga sebenarnya. Apa kita layak mengatakan diri kita, satu produk tarbiyyah sedang kita hanya menjadi taqwa di dalam halaqah ini? Dan apa kita merasa kita layak mendapat kemuliaan dan taqwa sedang kita hanya berdakwah, dalam halaqah ini?'

Anak-anak muda itu senyap. Mereka ternanti-nanti bicara seterusnya dari guru yang sangat mereka kagumi itu.

'Anak-anakku. Apa itu taqwa sebenarnya? Taqwa itu ialah kehidupan kita, bukannya lakonan kita. Taqwa bukan sesuatu yang boleh dibuat-buat kerana kewujudannya sangat seni dan halus'.

'Ana memetik kata-kata Imam Ghazali tentang akhlak. Akhlak ialah apa yang keluar dari dalam diri kita secara automatik, tanpa perlu kita fikir. Tahukah antum semua, akhlak ini adalah lambang dan bukti wujudnya taqwa?'

Mereka menggangguk.

'Dan, islam juga bukan satu sandiwara. Ia juga bukan satu aktiviti. Ia adalah cara hidup. Apa yang berlaku sekarang, ana lihat dalam banyak keadaan kita berasa diri kita ini mulia kerana kita join usrah, tabligh atau mana-mana jemaah sedangkan dalam masa yang sama, ketaqwaan kita tidak ditonjolkan'.

'Antum faham tak maksud ana?'

"Kurang faham...", hampir serentak anak-anak muda itu menjawab.

'Beginilah. Antum perlu faham bahawa taqwa itu ialah apa yang perlu ada dalam diri kita setiap saat, bukannya hanya ketika dalam halaqah atau semasa berdakwah. Tidak! Sebaliknya taqwa wajib wujud dalam diri antum setiap saat, setiap masa'.

'Antum tahu apa tuntutan taqwa?'

'Senang nak faham, taqwa memerlukan kepada penghayatan. Dan siapakah qudwah atau model insan bertaqwa? Semestinya Rasulallah. Antum lihat sirah. Lihat bagaimana Rasulallah berdakwah. Dakwahnya bermacam-macam cara. Dari sekeras-keras mata pedang, hinggalah kepada selembut-lembut roti yang disuap ke mulut wanita tua dan buta yang mencaci Baginda, dakwah tetap bergerak'.

'Ustaz, boleh cerita tentang wanita Yahudi itu? Ana kurang faham'.

'Wanita Yahudi itu sangat tua dan buta. Tapi, tersangat kuat kebenciannya kepada Rasulallah. Setiap hari, Rasulallah akan datang kepadanya untuk memberinya makan. Setiap kali itulah, wanita itu akan mengata Baginda kerana dia tidak tahu bahawa yang memberinya makan itu ialah Baginda. Baginda s.a.w sendiri menghancurkan roti di mulutnya sebelum disuap ke mulut wanita itu kerana mahu memudahkan wanita itu makan'.

'Rasulallah datang dan melaksanakan perkara yang sama hari-hari. Memberi makan, dan menerima cacian. Tiap kali itu jugalah, Baginda akan tersenyum dan diam. Amalan Baginda berterusan hingga Baginda wafat. Lalu, Saidina Abu Bakar menggantikan Rasulallah memberi makan kepada wanita itu. Tapi malang, wanita itu tahu bahawa yang memberinya makan bukan orang yang sama, tapi orang yang lain kerana layanannya tidak selembut layanan Rasulallah. Lalu, wanita itu bertanya dimana manusia yang sangat baik yang memberinya makan sebelum ini. Lalu dijawab dalam tangis rindu Saidina Abu Bakar bahawa lelaki itu ialah Rasulallah. Wanita itu masuk islam akhirnya'.

Subhanallah.

'Anak-anakku, untuk kita menegakkan islam, kita harus terlebih dahulu meleburkan takbur kita. Kita merasa kita hebat kerana kita berilmu. Tidak dinafikan, memang kita alim, banyak ilmu. Tapi apa gunanya alim kita jika diselit takabbur?'

Semua orang tunduk. Bermuhasabah diri.

'Ana berpesan sungguh-sungguh kepada diri ana, jua kepada antum semua. Jangan kita merasa diri kita hebat hingga dengan mudah, kita label orang itu sebagai 'tertutup hati' dan seumpanya. Seperkara lagi, taqwa itu bukan hanya mesti dilahirkan semasa kita liqo' dan duduk dalam halaqah, sebaliknya ia harus dizahirkan dalam setiap inci perbuatan kita'.

'Ketahuilah juga bahawa bukan amal soleh kita yang memasukkan kita kedalam syurga, sebaliknya yang memasukkan kita kedalam syurga ialah keampunan dan rahmat Allah. Amal soleh hanyalah kerana perintah Allah. Maka,jangan sesekali kita berasa amal kita ini hebat. Belum tentu'.

'Belum tentu orang yang ditarbiyyah dan berdakwah ini baik. Tapi orang yang baik, tentu akan ditarbiyyah dan berdakwah. Inilah sebenarnya yang sedang kita cuba lakukan. Moga-moga Allah terima usaha kerdil kita ini'.

Guru tua itu menghabiskan bicaranya. Kelihatan, anak-anak muda disekelilingnya seperti sedang kesedihan, mungkin kerana 'terkesan'. Maka, guru tua itu membacakan firman Allah dalam surah Al-Qasas ayat 77: "Dan carilah pahala akhirat dengan apa-apa yang telah Allah kurniakan kepadamu..."

***

Semoga kita semua faham, bahawa agama itu bukannya sesuatu yang sifatnya 'sekejap ada-sekejap tiada'. Agama juga bukan sesuatu yang harus dipakai dalam situasi-situasi tertentu sahaja. Dan agama juga sesuatu yang boleh dijual-jual untuk mendapatkan kemahsyuran atau sanjungan. Sebaliknya agama ialah pakain. Maka, tutuplah keaiban diri kita dengan menjadi orang beragama.

Ingat, kita bukan Tuhan yang boleh menghukum orang yang tidak mahu tarbiyyah dan tak mahu menerima dakwah. Sebaliknya, kita lihat diri kita. Sejauh mana tarbiyyah itu berjaya membentuk kita menjadi hamba.

Sesungguhnya, kita hanyalah makhluk yang asalnya setitis mani...hina..dan akan terus hina tanpa redha-Nya.

Wednesday, December 15, 2010

Video Penutup



Alhamdulillah..ini video penutup Program Kem Motivasi pelajar-pelajar Ma'ahad Tahfiz Al-Muhammadi, Muar, Johor baru-baru ini. Saya dan beberapa orang sahabat: Adhwa, Abg. Wafi, Che Gu Din, Farhan & Ridhuan telah diminta untuk mengendalikan kem ini. Alhamdulillah, program sepanjang 3 hari 2 malam telah berjalan dengan baik. Adik-adik semua ceria-ceria.

Mereka hebat2. Ada yang dah jadi al-hafiz. Subhanallah... Kecik2 lagi dah jadi Al-Hafiz. Kami fasilitator segan pula dengan adik2 kecil ini. Saya selalu berpesan kepada mereka supaya menokohi tokoh-tokoh Islam yang hebat : Salahuddin Al-Ayyubi, Sultan Muhammad Al-Fateh, Umar Al-Khattab dan lain-lain. Apa yang kami tekankan kpd mereka adalah supaya menjadi seorang negarawan/pemimpin negara pada masa akan datang.Merekalah generasi yang akan mngembalikan kegemilangan Islam suatu hari nanti. Dibahu mereka terpikul tanggungjawab untuk membela Islam. Itulah suntikan yang kami berikan.Alhamdulillah, mereka begitu teruja!

Ada satu peristiwa lucu. Time slot Night Walk. Kami bawa adik2 ni pergi ke kubur. Hari baru lepas hujan, tanah di kubur masih basah. Bulan memang tak nampak langsung. Suasana memang sangat gelap. Macam biasalah. Mata mereka ditutup. Mereka ditempatkan di setiap kubur yg ada di situ. Jarak jauh juga setiap orang. Setiap orang kene peluk batu nisan. Banyak juga kejadian lucu kat sini berlaku...(^_^)v hehe. Yang paling lucu, dalam suasana malam yg dipenuhi dengan alunan zikir tu, tiba2 terdengar lagu Maher Zain! InsyaAllah...InsyaAllah...Diulang2 perkataan "insyaAllah" dengan nada lagu tu. Saya tergelak sorang2...Saya fikir adik ni dah habis zikir yg dia hafal kot... Satu lagi, ada yg solat kt kubur! Maksud saya, ada yg membaca bacaan dalam solat. Mungkin adik ni membayangkan dia tengah solat kot. Maka terdengarlah bacaan semasa dlm solat seperti bacaan ketika ruku',i'tidal,sujud, duduk anatara 2 sujud,tahiyyat dan lain2. Isk2..macam2 ada...

Alhamdulillah... Masa kami nak berangkat balik, semua datang pada kami dan mengambil tandatangan serta no.telefon. Rasa macam artis pulak time tu.=)Terima kasih kepada sahabat2 yg sudi melapangkan masa untuk membantu program ni.Semoga apa yang dikongsikan akan dimanfaatkan oleh adik2 disana.

Sehari selepas saya pulang, dapat satu mesej dari adik2 kumpulan Umar Al-Khattab.

"Bilakah lagi...kita semua satu hati...
Bilakah lagi...keamanan kan dikecapi...
Bilakah lagi..Islam kan dijulang tinggi...
Bangunlah wahai ummah...kita satu hati..."

Lagu ini akan kami nyanyikan setiap hari dan akan ingat sampai bila-bila.
Kalau abang free, jenguk2lah kami di sini...
Wakil dari kumpulan Umar Al-Khattab.

Sedikit gambar sebagai perkongsian:


Antara fasilitator yang terlibat : Ridhuan, Hafis, Chegu Din.







Thursday, December 9, 2010

... Jongkang-Jongkit Kehidupan ...

Assalamualaikum wbt.

Ini adalah dialog antara seorang naqib dan anak usrah nya...

ABANG : Adik,jomlah pergi usrah, jomlah berdakwah, ummah semakin koyak, jomlah kita bangkit mengubah segalanya ...

ADIK :Abang, adik tidak mahu!! adik kena study!!Markah semester lepas dah cukup teruk gara-gara dakwah, tarbiah dan program!!Adik menyesal megikuti semua itu!! Bosan...Dakwah bukan je plainly cerita rububiyah ketuhanan, tapi banyak lagi skopnya. Bukan ke Islam tu syumul... Kalau nak berjaya, kena study. Waktu study, studylah..Esok kalau dah berjaya, adik buatlah kerja dakwah tu. Kalau adik buat kerja dakwah, adik gagal dalam pelajaran nanti... Kan nanti adik menutup mata orang lain terhadap Islam!!

ABANG : Adik, dakwah dan pelajaran bukan macam jongkang jongket...

ADIK : Jongkang jongket? Apa abang merepek ni?

ABANG : Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam jongkang jongket ... Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah! Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah.... Tu bukan dakwah namanya.. Dan tu bukan belajar namanya...

ADIK : Habis tu?

ABANG : Hmm, dakwah dan pelajaran kena berkadar terus... Tak boleh inversely proportional.

ADIK : Apa maksud abang?

ABANG : Orang yang melakukan kerja dakwah dengan ikhlas akan menemukan Allah dalam pelajarannya...

ADIK : Adik tidak faham.....

ABANG : Tak pe, abang terangkan. Macam gini, bila dah berdakwah tu, rasa senang je nak study. Bila belajar tentang Accounting dalam debit kredit misalnya... boleh bayangkan betapa hebatnya Allah wujudkan dosa dan pahala. Bila belajar tentang Ethics , terasa kerdilnya diri... Bila belajar tentang Islamic Axiom, terasa akrab dengan Pencipta .

ADIK : Kenapa?

ABANG : Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum tersebut adalah hukum Allah... Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah... Rasa senang hati nak terima ilmu. Kalau orang lain study 1 jam, dia hanya perlu study 10 minit sahaja!!



ADIK : Sebab apa?
ABANG : Sebab ada keberkatan masa dalam studynya itu!!

ADIK : Adik tak pernah rasa semua itu, Kiranya, selama ni abang nak cakap yang adik ikut program tarbiah dan dakwah tu tak ikhlas ea?

ABANG : Tak, itu bukan maksud Abang!! Cuma kena checklah sikit hati tu, waktu buat kerja dakwah tu, ada tak berlaku tarik tali dengan Allah.....

ADIK :Apa maksud abang tarik tali dengan Allah?

ABANG : Ok, abang berikan contoh... Misalnya waktu buat kerja dakwah tu, Terdetik tak kat hati , banyak lagi yang tidak habis belajar,Terdetik tak kat hati, assignment banyak lagi, Itulah maksudnya tarik tali dengan Allah. Ada keraguan dalam hati seolah-olah tidak yakin dengan janji Allah....Siapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongnya!!Kita melakukan jual beli dengan Allah, tapi kita tidak bayar lagi. Kita berdoa, tapi tak ada kesungguhan dalam doa kita... Kita berdakwah, tapi hati kita tiada dengan Allah.

ADIK TERMENUNG SEKETIKA...

ADIK : Adik dah faham.... adik kena banyak muhasabah. Adik dah study dari tadi, tapi tak masuk-masuk. Adik tahu itu maksudnya peringatan dari Allah.Adik tahu hukum berdakwah, tapi tidak mengerjakan kerja tersebut.

ABANG : Adikku...Seorang ibu pernah mengatakan "Aku ingin dakwah terlihat dalam setiap perbuatanku. Setiap kali aku bergaul dengan jiranku, aku ingin mereka merasakan kemanisan iman dan Islam. Setiap kali jiranku melihat kebahagian rumahtanggaku, aku ingin mereka merasakan keindahan Islam... Adik, itulah yang ingin abang bentuk dalam diri abang... Abang nak setiap perbuatan abang menjadi manifes
tasi dakwah itu sendiri. Pelajaran abang, hubungan abang dengan keluarga dan sahabat, segalanya adalah dakwah!!

Moga kita bersama dalam usaha merealisasikannya.

Adik, abang ingin berkongsi satu kisah, mengenai kisah Assyahid Imam Hassan Al Banna... Adik, adik pastinya arif mengenai Assyahid Imam Hassan Al Banna. Dakwahnya menyinari hati umat manusia di saat itu. Dia berdakwah sehingga ke kawasan perkampungan di gunung-gunung yang tinggi. Semua manusia mengenalinya!Tanyakan sahaja di jalanan di saat itu, kenalkah kamu dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna, pasti semua mengenalinya kerana kerja kerasnya di dalam perjuangan dakwah. Adik, abang akui sememangnya untuk berjaya dalam pelajaran, kita kena berusaha. Itu Sunnatullah.

Tapi dik... kemenangan Islam takkan tertegak dengan kata-kata, dengan mimpi sahaja. Untuk memastikan kejayaan dakwah, kita juga kena berusaha. Itu juga adalah Sunnatullah. Kemenangan Islam memerlukan pengorbanan dari pengikutnya.Adik, abang kongsikan pembacaan abang dalam buku Detik-detik Hidupku karangan Assyahid Imam Hassan Al Banna:

Allah, dengan sifat ArRahaman dan ArRahimNya, memberi ketenangan dan kepuasan kepada hambaNya yang beriman, apabila Dia mahukan segala sesuatu urusan . Dia akan mempermudahkan hambaNya itu untuk mencapainya.

Pada malam sebelum ujian nahu, saya telah bermimpi. Di dalam mimpi tersebut, saya sedang berada dalam sebuah perahu bersama-sama ulama yang terkenal. Perahu itu sedang berlayar di Sungai Nil. Salah seorang ulama itu menghampiri saya. Dia memakai pakaian orang-orang di pedalaman Mesir.Dia menyoal saya, Di mana syarah (hurai
an) Ibnu Aqeel mengenai al-Afiyah? Saya menjawab, Ini dia! Katanya, Mari kita ulangkaji sebahagian darinya.Buka ke muka surat sekian-sekian . Saya pun membuka ke muka surat-muka surat yang disebutkannya dan mula mengulangkaji. Kemudian saya terkejut jaga!!

Saya sangat gembira. Pagi esoknya saya menduduki ujian. Saya dapati kebanyakan soalan datang dari muka surat-muka surat yang saya baca di dalam mimpi tersebut. Ini semua adalah rahmat Allah. Allah telah memberi rahmat istimewa kepada saya.Mimpi yang benar adalah sumber maklumat kepada seorang Mukmin. Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam!!

Pasti adik ingat lagi Assyahid Sheikh Ahmad Yassin. Dia cacat. Duduk di atas kerusi roda. Tapi apa yang telah dia lakukan untuk Islam? HAMMAS berdiri d
engan izzah!! Musuh menggeruninya!! Adik....Ayuh! lakukan sesuatu untuk Islam!!Ayuh berada dalam saf perjuangan!!

P/S:Artikel yg menjadi motivasi diri saya. Saya kongsikan dengan shbt2 sekalian. semoga ianya bermanfaat,insyaAllah.

"Ilahi anta maqsudi, waridhaka matlubi, a'tini mahabbaka wama'rifataka"

Saturday, November 27, 2010

Dakwah Bukan Untuk Pemikul Yang Manja!



Dakwah bukan untuk orang yang malas. Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri. Dakwah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa. Dakwah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join. Yang penat, bersusah payah, elak. Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh Tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.

Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami, yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman bila dia dalam kesusahan. Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.

Yang cepat mengalah, yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain. Yang hanya pandai bercakap dan menulis, tapi amal kosong.

Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’dan usrah hanya kerana nak disebut sebagai orang yang ditarbiyah. Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute. Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah. Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh. Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

Dakwah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Dakwah bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot. Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

Ingat…

Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara. Cuma, tanpa tarbiyyah,
tanpa dakwah, belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti…INGAT TU.

Tak mengapa...

Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda. Berbahagialah seadanya.

Saya menghitung diri. Terlalu kerap menuturkan “saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..” Adakah ini petandanya saya terlalu MANJA?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.

Tuesday, November 23, 2010

The Real Muslimat


Real Muslimat

Peranan wanita dalam menggerakkan Dakwah Islamiyyah tidak harus dipandang enteng. Jika dahulunya persepsi masyarakat menganggap peranan mereka ini hanya sebagai ‘peranan di sebalik tabir’, bersifat destruktif dan lemah, namun hari ini ungkapan tersebut wajar diperbetulkan. Tanggungjawab dalam memperbaiki masyarakat kampus adalah sama besar seperti peranan yang dimainkan oleh du’at lain. Ini diseru oleh Allah di dalam surat At-Taubah, ayat 71 yang bermaksud :

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebagian mereka (adalah) menjadi penolong sebagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah ; Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.."

Setiap mahasiswi pendokong Islam mestilah benar-benar menyedari bahawa mereka mempunyai peranan yang tersendiri dalam membina kekuatan ummah dan mendorong perjuangan ke mercu kejayaan. Oleh itu saya merasakan HEWI PMIUTM merupakan platform terbaik buat mahasiswi bersatu. Walaupun mahasiswi dikenali sebagai golongan yang lemah-lembut, namun dari fakta sejarah telah membuktikan bahawa mereka telah memberikan sumbangan yang sangat besar ertinya kepada perjuangan Islam.

Kisah sejarah srikandi Sumayyah dan keluarganya dibunuh oleh kaum musyrikin telah membuktikan kecekalan dan ketabahan hati seorang wanita dalam mempertahankan aqidah hanya untuk mentauhidkan Allah yang Esa. Saidatina Asma’ Abu Bakar juga salah seorang wanita yang telah menempa nama dengan turut sama membantu Baginda SAW, ayahandanya dan para sahabat dalam menegakkan Islam. Dengan menghantar makanan kepada mereka ketika dalam perjalanan untuk berhijrah ke Madinah, beliau perlu diiktiraf sebagai pendokong, pejuang dan pembela agama Islam. Walaupun usianya ketika itu masih muda remaja namun beliau begitu berani dalam melaksanakan arahan dan perintah Baginda SAW.

Justeru itu,berdasarkan pristiwa sejarah Islam yang lalu, muslimat kini berperanan penting dalam gerakan mahasiswa seperti membantu dalam pengurusan organisasi yang sistematik, sumbangan idea yang bernas, mengatur strategi dalam memberi kesedaran dan kefahaman Islam yang jelas kepada masyarakat khususnya golongan hawa di kampus. Mahasiswi hendaklah sentiasa bersama dalam menghulurkan sumbangan, menunaikan amanah dan tanggungjawab. Kebersamaan mereka dalam bertindak di lapangan perjuangan ini dapat menampung segala kekurangan dan kelompangan yang disedari mahupun tidak.

Agenda dakwah yang besar dan menuntut mahasiswi menyediakan hati yang kental dalam menghadapinya. Jadilah muslimat yang berjiwa besar dengan mengambil ibrah menerusi apa yang telah dilalui oleh generasi sebelum ini. Memetik kata – kata saudari Rafidah binti Salleh, mantan Timbalan Presiden GAMIS, selaku Penasihat SIGMA (SRIKANDI GERAKAN MUSLIMAT MUDA), “Muslimat muda yang tergolong dalam golongan intelektual perlu lebih berjiwa besar dan memandang masalah masyarakat pada hari ini adalah tanggungjawab kita. Idealisma kita sangat didahagai oleh semua untuk membawa masyarakat ke arah yang lebih baik dan bertamadun dari segi akhlak dan budayanya”.

Muslimat Dinamik

Mahasiswi merupakan golongan majoriti penghuni kampus. Rugi andaikata tenaga kerja sebegini banyak tidak dimanfaatkan dengan sebaik mungkin demi kepentingan Islam. Malahan, mereka mampu menjadi sebahagian daripada kilang tersebarnya risalah Islam kepada masyarakat kampus itu sendiri. Muslimat mesti bergerak dengan cara yang tersendiri dan berbeza dengan mahasiswi-mahasiswi yang lain. Keizzahan gerakan muslimat terbina daripada kefahaman mereka terhadap akidah perjuangan dan keimanan dalam diri. Sebagai muslimat yang terlibat dalam menyebarluaskan fahaman Islam, mereka harus memiliki prinsip akidah yang utuh dan mampu menyusun strategi dalam lingkungan syariah bagi membawa risalah dakwah.

Oleh itu, muslimat perlu menyediakan diri dalam setiap lapangan ilmu terutamanya dalam menjuarai isu semasa bagi memastikan pergerakan dakwah Islam berjalan lancar dan kemenangan Islam itu menjadi jelas dan semakin hampir.

Seteguh Karang Di Lautan Ummah

Tsunami kerosakan akhlak yang melanda masyarakat kita pada hari ini sememangnya menuntut serikandi kita untuk membentuk dan memiliki jiwa seteguh karang di lautan. Biarpun hebat badai datang melanda, namun keteguhan dan keutuhan diri ‘Real Muslimat’ itu tidak akan berganjak walaupun seinci. Ruang dan peluang untuk muslimat itu berpencak sememangnya sudah tersedia ada. Program Teman Muhasabah Hewi (TM Hewi) contohnya banyak membantu muslimat dalam mendekatkan jurang dengan mahasiswi kampus yang lain. Selain itu juga, platfom ini dapat digunakan untuk mengasah bakat mereka terutamanya dalam kemahiran pengucapan awam, kemahiran komunikasi, kemahiran menguruskan organisasi yang mana akhirnya mampu menyediakan ikon dalam kalangan masyarakat kampus. Selain itu juga, penganjuran Kem Jati Diri Siswi (KEJASIS) turut membuka jalan kepada mahasiswi untuk meningkatkan kualiti dan kemahiran diri.

‘Track record’ perjuangan hari ini telah meletakkan muslimat di persada dakwah melalui inovasi dan idea cetusan baru sentiasa menuntut kepada keberanian, keikhlasan dan kecekalan hati para ahlinya. Real Muslimat perlu memiliki ciri-ciri anggun, bijak dan solehah. Dalam konteks muslimat yang terlibat dalam menggerakkan dakwah di kampus hari ini, perlu untuk mereka memiliki ciri-ciri seumpama ini dan tidak hanya menumpukan pada ciri-ciri tertentu sahaja.

Konklusinya, muslimat hari ini mestilah mewarnai diri dengan segala sikap dan sifat muslimah sejati. Iaitu mempunyai ilmu penuh di dada, menyediakan diri untuk ditegur, malah redha atas segala kekurangan diri dan mempunyai tekad untuk membaikinya, terus sabar mengatur langkah menegakkan yang hak dan bersiap siaga ke medan perjuangan.

*Petikan ucapan dasar Muktamar PMIUTM kali ke-8.

Monday, November 22, 2010

.: Mahasiswa Ghuraba' :.



Assalamualaikum wbt.
Sedikit perkongsian buat sahabat2.

Intima'kan pembelajaran dengan Islam...

Apakah??

Menjadi golongan ghuraba' bukanlah impian semua mahasiswa yang berada di kampus, bahkan ada sahaja di kalangan golongan ini yang 'futur' di tengah-tengah medan perjuangan. Perjuangannya bukanlah hingga memerlukan senjata terangkat, hanya perlukan ilmu sebagai 'perisai', kata-kata sebagai 'pedang'nya dan pena sebagai 'pistol'. Kalau nak 'pistol' canggih sikit, boleh jadi blog lah sebagai 'pistol laser'nya.

Kita sentiasa di doktrinisasikan oleh sesetengah manusia yang tidak bertanggungjawab bahawa mahasiswa perlu cemerlang dalam akademik. Mahasiswa itu bertanggungjawab pada akademik, tidak ada ruang langsung untuk kenegaraan, globalisasi dan sebagainya. Tetapi, bila kita berbicara tentang mahasiswa dan dakwah, perkara ini bukanlah sesuatu yang tidak akademik, bahkan ia lebih diutamakan jika kita mahu benar-benar melihat mahasiswa kita berjaya.

Kadang-kadang, kita bukannya berbeza sangat dari rakan-rakan yang lain. Kita sebenarnya sama, cuma mereka tidak merasai apa yang kita rasa, tetapi kita merasai apa yang mereka rasa. Sebagai satu contoh, kita belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat kejayaan yang cemerlang , kita memastikan kita memperolehi kerja yang terbaik dan kita memastikan kita mampu memenuhi kehendak dan hak ibu bapa. Itu adalah kemahuan semua, biarkan mereka tidak berintima' dengan Amal Islami.

Tetapi, bila merasai keperluan dakwah dan menggabungkan diri dengan Amal Islami, kita belajar bersungguh-sungguh bukan kerana sekadar untuk berjaya dengan cemerlang semata-mata, tetapi mengambil peluang yang ada untuk meningkatkan ekonomi diri dan keluarga serta menyediakan peruntukan yang boleh disumbangkan untuk Islam. Pernah tak rakan-rakan terfikir terfikir hingga ke tahap itu? (Sekadar muhasabah...)

Musim perang pena masih berjalan...Sentiasalah berusaha dan ikhlaskan niat kita kerana Allah. Mendapat keputusan yang cemerlang atau kurang cemerlang itu semuanya rezeki dari Allah...Oleh itu yakin dan percayalah result itu adalah yang paling pantas dan terbaik buat kita...



"Allohummaj'alna minannajihin...walfaizin...walmutafawwiqinn fi imtihanina..."

Thursday, November 18, 2010

Aku Tinggalkan Cintaku Demi DIA

Assalamualaikum wbt.
Ke arah meng'update' blog, jadi saya kongsikan dgn sahabat2 sekalian entry ni.
Semoga ianya bermanfaat.
Diambil dari blog seorang sahabat :
http://nianurani.blogspot.com



Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera buat sahabat-sahabatku dan pengunjung .::Permata Yang Dicari::.. Apa khabar iman kalian hari ini?? Insya'allah, semoga iman kita bertambah lebih-lebih lagi di bulan yang penuh barakah ini...Post saya pada kali ini ditujukan khas buat seorang insan. "Aku Tinggalkan Cintaku Demi DIA"..

Sukarnya hati membuat keputusan untuk memilih antara cinta manusia dengan cinta Allah. Bukan bermakna tidak mencintai Allah, cuma hati tidak kuat untuk menghadapinya. "Saya mahu clash!!" Kata-kata keramat yang amat susah untuk kita luahkan pada insan yang sudah mula bertakhta di hati. Lebih-lebih lagi bila hubungan itu sudah lama terjalin. Tapi kita sering lupa hubungan yang terjalin antara kita dan Allah lagi lama sebelum kita dilahirkan lagi. SuhanaALLAH!!Saat kita mendambakan cinta seorang makhluk, ada YANG MAHA HEBAT sedang mencintai kita. Oleh kerana asyik mengejar cinta sesama makhluk, kita terkadang terlupa tentang masyuknya bercinta dengan YANG MAHA PENYAYANG iaitu ALLAH S.W.T. Yang dapat memberi kita kebahagian bukan saja didunia malah di akhirat sana.

"Tapi saya terlalu sayangkan dia.." Bohonglah saya cakap jika hubungan yang kalian bina tiada kasih sayang. Cuma kasih sayang ditumpahkan pada tempat yang salah dengan cara yang tidak betul. Jika kalian menyayangi pasangan masing-masing dengan begitu hebat, cuba bayangkan kasih sayang ALLAH pada kita. Cuba lihat di sekeliling kita. Apa lagi yang kurang?? Semua nikmat yang kita peroleh hasil daripada CINTA dan KASIH SAYANG-NYA. Tapi apa yang kita peroleh daripada cinta manusia yang tidak bersandarkan padaNYA??

Kuatkanlah dirimu wahai sahabatku. Kutahu agak sukar kalian untuk membuat pilihan. Tetapi percayalah dengan pilihan yang telah kalian lakukan. Jika Allah yang kalian pilih, maka kalian akan memperoleh cinta yang kekal abadi..Tapi jika cinta tak halal yang menjadi pilihan, Allah tidak rugi apa-apa, bahkan kita yang menanggung kerugian. Bila kalian memilih untuk meninggalkan cinta si dia, usah ragu dengan pilihan kalian kerana itulah pilihan yang terbaik dikurniakan oleh ALLAH untuk hamba-hambaNya yang terpilih. Yaa!!kalian adalah insan terpilih. Teruskan dengan keputusan kalian.

"Saya bimbang jika diri tak kuat" Kita semua memang hamba yang lemah dan tidak kuat. Kita tidak mampu untuk menjaga hati kita sendiri. Tapi tak bermakna kita harus membiarkan kelemahan kita itu sebagai alasan untuk kita membenarkan segala yang salah. Kekuatan harus dibina dan dipupuk bukannya kena tunggu dulu, baru kekuatan bisa mengalir. Duhai saudaraku sekalian, selamilah hati dan kenalilah hati kalian. Apakah tujuan ikatan yang sedang kalian nikmati. Jika demi menuju redhaNYA, Alhamdulillah. Tapi jika berlandaskan nafsu semata-mata, nauzibillahi minzalik!!

Kepada rijjal, jika nisa memilih jalan untuk meninggalkanmu demiNya, berterima kasihlah kerana dia menyelamatkanmu daripada terheret ke lembah kehancuran. Jangan pula kalian menyalahkan nisa dan melontarkan kata-kata yang bisa menggoyahkan keputusan nisa. Jangan pula kalian menghamburkan kata-kata yang keterlaluan demi menggambarkan perasaan kalian yang tidak keruan. Buat Nisa, jika rijjal lebih memilihNya daripadamu, bersyukurlah! Kerana bukan senang untuk seorang Rijjal melepaskan seorang bidadari sepertimu melainkan kerana takutkan Allah S.W.T. Janganlah pula kalian bermandi air mata darah, kerana kita manusia yang tidak layak untuk ditangisi. Sebaiknya alirkanlah air mata demi meraih CINTA-NYA yang SUCI lagi HAKIKI..

Semoga dengan pilihan yang diambil oleh kalian, insya'allah mendapat gantian yang lebih baik daripada ALLAH S.W.T. Amin..

Bercinta secara halal..

ps:-sahabatku, aku yakin dirimu kuat!Dia tidak layak untuk ditangisi..Ingat, Aku kan sentiasa bersamamu dan yang paling penting Allah tidak pernah meninggalkanmu walau sesaat..Jadilah mawar yang penuh duri agar duri itu sentiasa melindungmu. Jangan pula dibuang duri-duri yang ada..saya tujukan khas lagu Kerana Cinta(yg sedang dimainkan dlm blog) untuk kalian..

~untuk menjadi yang terbaik masih belum kumampu, namun kucuba sedaya upaya..