Saturday, November 27, 2010
Dakwah Bukan Untuk Pemikul Yang Manja!
Dakwah bukan untuk orang yang malas. Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri. Dakwah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa. Dakwah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join. Yang penat, bersusah payah, elak. Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh Tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami, yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman bila dia dalam kesusahan. Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
Yang cepat mengalah, yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain. Yang hanya pandai bercakap dan menulis, tapi amal kosong.
Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’dan usrah hanya kerana nak disebut sebagai orang yang ditarbiyah. Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute. Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah. Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh. Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.
Dakwah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Dakwah bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot. Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.
Ingat…
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara. Cuma, tanpa tarbiyyah,
tanpa dakwah, belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti…INGAT TU.
Tak mengapa...
Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda. Berbahagialah seadanya.
Saya menghitung diri. Terlalu kerap menuturkan “saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..” Adakah ini petandanya saya terlalu MANJA?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jalan dakwah ini bukan dianggotai oleh orang-orang suci. Ia jalan yang ditempuh oleh insan-insan yang mahu meperbaiki diri..
ReplyDelete~sama2 perbaiki diri di atas jln dkwah ini
Assalamualaikum..
ReplyDeleteSuatu penerangan ciri daie yang baik..
muhasabah untuk menjadi lebih baik..
dan lebih setuju dengan Nia..
Hidup dalam dakwah perlu saling memahami dan saling membahukan diri..
~~Syukran~~
~menarik..
ReplyDeletemenarawang dan meneliti pengisian hidup yang saling berkaitan dengan segala perkara yang berlaku...
what u give,is what u get...
terkesan sangat..
ReplyDeletesama2 baiki yg lemah..topup yg kurang..
syukran uhtuk perkongsian..
Assalamualaikum wbt.
ReplyDeleteSyukran atas pandangan anda semua.
Saya amat menghargainya.
Muhasabah utk diri sendiri.
"Amanah ini bukan hak milik, tetapi Anugerah dari-NYA"