Thursday, September 27, 2012

Bersawang...Nak Cari Admin.

Salaamun ala manittaba'al huda.

Lama sudah blog ni tak terupdate ^_^
Tuan dia sibuk memanjang.

Sesape yg nak jadi Admin blog ni, amat2 dialukan.
TQVM.

^^,

Monday, June 25, 2012

Bila Lelaki Masuk Dapur... ^_^y


Salaamun 'ala manittaba'al huda.


Lelaki memasak? 
Sape kata lelaki tak pandai memasak?
Ni juga adalah salah satu tarbiyyah bagi kami orang2 Bujangan...
 
Proses 1- Buang sisik2 ikan. Ikan ape ntah. Sampai luka kulit tangan.. =(

Proses 2 - Goreng telur. Telur wajib ada sebagai backup takut ikan hangit...hehe

Proses 3 - Goreng ikan + masak sayur
  
Proses 4- Jari cedera + kecut semasa proses buang sisik ikan. Ambil masa 45minit menyiang 4 ekor ikan huhu. Pedihhh... (~_~)

 Proses 5- Akhirnya...makanan kami sudah pun siap..Alhamdulillah.

P/s: Kalu laa ado Ma kea sene kijo.....



Thursday, June 21, 2012

Istikharah Cinta

Salaamun 'ala manittaba'al huda.

Bukan jiwang, bukan angau...bukan rindu...
Bukan...Buakan...Bukan...
Cuba hayati liriknya...amat best!
Dengar 100x pun tak boring... ^^,


Bicara tersurat cerminan maknawi
Kata terindah susunan mantiqi
Kalam terbaik pancaran Ilahi
Wujud dikenal, terpandu peribadi
Apabila kita mencintai Allah hakikatnya kita akan memiliki segala-galanya

Sebagai peringatan untuk Diri yang lemah & hina ini...

Wahai kau pasangan tulang rusukku, Siapa n dimanakah kau sbnarnya…aku menunggu,Saat khitbah kau nyatakan padaku,Kuharap saat itu indah dalam penantianku,Membuatku dekat pada Illahi Robbi ku,Selalu merindukan kehadiranmu,Tuk beribadah bersama dalam naungan kasih sayangmu,Menciptakan istana tahajud dalam sujud panjang bersamamu,Menggapai kerido’an dan surga Illahi Robbi ku

Andainya kaulah jodohku yg tertulis di Lauh Mahfuz,Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dlm hatiku juga hatimu.Itu janji Allah.Akan tetapi,selagi kita tdk di ikat dengan ikatan yg Halal,selagi itu jgn dibazirkan perasaan itu krn kita masih tdk mmpunyai hak utk membuat begitu.Juga jgn melampaui batas yg telah Allah tetapkan.Aku takut prbuatan2 sperti itu akan mmberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak...nauzubillah...

Monday, June 11, 2012

Muslimah Yang Kuat

Salaamun 'ala manittaba'al huda.

Terasa pula nak berkongsi sebuah kisah tentang seorang Muslimah ini, Pn. Farahwaheda Matwi. Bagi saya, beliau seorang yang cukup Tabah & Kuat. Diuji oleh Allah SWT apabila suaminya yang juga seorang aktivis yang menuntut Royalti Kelantan meninggal dalam perjalanan pulang selepas menghantar memorandum. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat kepada Allahyarham Kamarulzaman Abdullah dan ditempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang soleh.

Menurunkan tandatangan sebagai menyokong perjuangan menuntut royalti yang pernah diperjuangkan oleh arwah suaminya.

Bila melihat video ni, hati saya terusik sekejap. T_T
Saya mendoakan agar beliau terus istiqamah dalam perjuangan Islam yang didokonginya.


Seorang Muslimah Yang Kuat adalah Muslimah yang:
- Sukar dikalahkan
- Tidak lemah
- Kukuh (tidak mudah goyah)
- Tabah


"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. Amin"

Wallahu'alam.

p/s:
Amat2 kagum dengan ketenangannya bercerita saat suaminya diambil Tuhan. Ye lah... biasanya yang kita tahu, wanita tu penuh dengan emosi, mudah menangis dll kan...tapi beliau sebaliknya.

Saturday, June 9, 2012

5 Berbalas 7: Cari Pengalaman Dulu

Salaamun 'ala manittaba'al huda.

Alhamdulillah, hujung minggu ni disibukkan dengan kedatangan kaum keluarga dari Kelate yang berkunjung ke negeri Johor. Penat + Gembira!! ^_^

Sebenarnya, kunjungan ini adalah kunjungan yang bersebab. Alhamdulillah, sepupu telah selamat bertunang dengan orang Johor. ^^, (Kelate + Johor = Kelahor)

Sebaik sampai di homestay di Taman Mutiara Rini, kelihatan rombongan kaum keluarga aku amat penat setelah menempuh 12 jam perjalanan! Biasalah orang-orang tua... haha.

Jangan Cari Orang Jauh. 

Pesan Mak Long :

"Along tok soh laa cari ore jauh2... Mok Long dok larat doh nok maghi blarok..." pesan mak long sambil mengurut-ngurut badan dan kakinya yang lenguh. (macam datang ke Johor berjalan kaki pulak mok long nih hehe...)

"Ko doh ado ore Johor doh ni?" sambungnya lagi.

"Skalo gak nyo cari ore UTM jugok ni...Cari hok dekat2 sudoh lah long.." sambung Maksu pula.

Ma pulak senyum malu-malu. Ma memang macam tu. Bab-bab nikah kawen cari menantu ni dia malu sikit. Mak-mak saudara pulak suka menyakat ^_^

Aku dalam hati:

=) xperlu kata apa2.

p/s: Aku menjadi "bahan" menyakat ni sebab aku memang duduk di Johor. Yang lain-lain tak kena.

5 Berbalas 7


Ini adalah hantaran pertunangan. Wah!! Bertunang pon kene bagi hantaran jugak ye. Paroks!! =p

5 adalah hantaran dari pihak lelaki dibalas 7 oleh pihak perempuan.

Ini adalah pengalaman 1st time aku tengok majlis pertunangan di negeri Johor. Wahh...macam tersangat formal ye..=)

Kalau di Klate, majlis biasa2 saja. Negeri2 lain macam mana pulak ye??

Rombongan kami baru sampai.


 MC memulaan majlis pertunangan ;)

Perbincangan menetapkan tarikh perkahwinan & wang hantaran sedang berlangsung. Siap pakai microfon tu...kecut perut aku nengoknya =p


Ni lah antara hantarannya...

Dan Alhamdulillah, tarikh perkahwinan sudah ditetapkan. 10-11-12. Haha... bukan 3 hari 3 malam ye. Sebanarnya 10hb Nov 2012 di Johor dan 17.11.12 di Klate. =)

Akhirnya, selepas majlis pertunangan selesai, gi jalan-jalan pulak. =) Biasalah, ada yang 1st time sampai Johor, so aku bawak la pergi pusing2 Danga Bay, Bazar Karat, bubur Sentosa. Keesokannya, sambung lagi pergi ziarah sanak saudara yang ada di Johor ni dan tengah hari, terus balik ke Kelantan. Semoga selamat perjalanan pulang ke kampung. 12 jam pulak =)

Wallahu'alam.




Tuesday, June 5, 2012

EURO 2012, Suami & Solat Subuh


Salaamun ‘ala manittaba’al huda.

Alhamdulillah, setelah sekian lama tak mengupdate blog, akhirnya Allah swt mengilhamkan saya idea untuk berkongsi beberapa perkara kepada sahabat pembaca. Untuk kali ni, saya lebih berminat untuk berkongsi tentang 3 perkara yang sangat berkait rapat dengan diri seorang lelaki =).

EURO 2012 akan bermula pada 8 Jun 2012 =)
 
EURO 2012
Wah…kemeriahannya semakin terasa!. Bagi peminat-peminat tegar bolasepak khususnya, sudah semestinya ternanti-nanti dan bersiap sedia untuk memberi sokongan kepada pasukan masing-masing (penulis sokong team La Furia Roja : Sepanyol =D). Maksud saya di sini, bagi peminat fanatic bolasepak, sudah tentunya mereka telah mengetahui dengan teliti jadual waktu perlawanan pasukan kesukaan masing2, pasukan kesayangan mereka berada dalam kumpulan mana, siapa lawan pasukan mereka, dan tak terkecuali sudah membuat persediaan dan perancangan untuk menonton bersama kawan2 dan sebagainya.

SUAMI
Huh? Ape kaitan Suami dengan EURO 2012? Em, biasalah orang lelaki ni, kebanyakan daripada mereka ini memang minat sukan bolasepak ni, takkan minat bola jaring pulak kan… =p. 

SOLAT SUBUH
Solat adalah tiang agama. Bila solat tidak didirikan, maka runtuhlah agama seseorang Muslim itu.
“Jika ingin melihat kekuatan barisan tentera Islam itu, lihatlah soff pada waktu solat Subuh”- Saidina Umar R.A.

Jadi, apa perkaitannya EURO 2012, Suami & Solat Subuh ini? 

Mari kita teliti kisah pendek ini =)

GOOLLLLLLLL!!!!
Aliyah terjaga daripada tidur apabila terdengar sorakan itu. Aliyah melihat jam di dinding. Jarum pendek di angka tiga. Tahulah dia bahawa suaminya, Akbar masih belum masuk tidur. Dia sudah lali dengan perangai suaminya. Akbar sanggup berjaga malam kerana siaran langsung bolasepak. Sejak dari zaman bujang lagi, Akbar sangat meminati sukan bolasepak.

.............
“Hmmm… abang ambil berat fasal jadual perlawanan bola sepak, tetapi tak ambil peduli pula jadual solat setiap hari.” Lancar sahaja Aliyah melontarkan kata-kata nasihat untuk suami tersayang tanpa rasa gusar. [dipetik dari buku Suami Yang Teruji]

Inilah realiti kebanyakan daripada kita. Jadual perlawanan bola sangat dititikberatkan, tapi jadual solat?

Sengaja melewat-lewatkan solat juga adalah merupakan perbuatan mereka yang lalai dalam solat. Aduh, sungguh malang nasib orang Islam hari ini, sanggup bersengkang mata untuk menonton bolasepak, kunci jam untuk bangun pukul 2-3 pagi, tapi sayang bila masuk waktu Subuh, ramai yang tewas. Subuh mereka, nun…bila matahari sudah meninggi ataupun langsung tak solat. Inilah yang dikatakan sebagai perbuatan sengaja melewatkan solat dan juga mempersendakan solat!

Iya, tak semua peminat bolasepak macam ni, tapi kebanyakannya ada yang berpelakuan macam ni ;).

Sabda Rasulullah SAW:
Kunci syurga adalah solat. [HR Muslim]

Perbezaan antara iman dan kafir adalah solat. [HR Tirmizi, Muslim & Abu Dawud]

Bagusnya sang Isteri. Memberi teguran kepada suaminya. Saling berpesan atas kebenaran dan kesabaran. Memang kita tak mampu untuk menghalang minat suami, namun apa yang boleh dilakukan adalah dengan memberikan nasihat/teguran/tunjuk ajar supaya minatnya itu tidak melanggar batas-batas syarak. Itulah peranan yang patut dimainkan oleh seorang isteri. 

Isteri yang memahami minat suaminya, tak akan menghalang, tetapi menunjuk ajar dan memberi nasihat agar minat itu selari dengan syariat Allah.

Suami idaman wanita ialah lelaki yang bangun untuk solat malam (bukan untuk tengok bola lewat malam), manakala isteri idaman lelaki ialah wanita yang mampu memberikan nasihat dan teguran jika suami melakukan kesilapan. =)

Kesimpulannya, anda boleh menonton EURO tetapi JANGAN melewatkan dan mempersendakan SOLAT. Ingat bola, ingat solat. (^^,)

"Ya Allah, janganlah Kau masukkan aku ke dalam golongan yang lalai..."
Wallahu'alam.

Inilah team Sepanyol v(^_^)v 
Go More Sepanyol Go More!!

Monday, March 26, 2012

Takut Untuk Memberi Harapan

Salaamun 'ala manittaba'al huda.



Teman,
gantungkanlah harapanmu kepada Allah,
nescaya Dia akan memberikan yang terbaik buat kamu.
Jangan berharapkan kepada manusia seperti aku,
kerana aku hanyalah seorang manusia,
yang tiada kudrat dan upaya,
yang tunduk dan patuh kepada ketetapan Rabbul ‘Izzati.

Sesungguhnya,
aku takut untuk memberikanmu walau secebis harapan,
kerana aku amat takut,
suatu hari nanti,
aku tak mampu untuk memenuhinya….
Lalu hatimu akan terhiris,
oleh tajamnya kecewa.

Teman,
sandarkanlah harapanmu kepada Tuhan,
bergantung haraplah kepada-Nya,
kelak nanti,
jika dirimu kecewa,
kecewamu akan bersandarkan Redha…

Sesungguhnya kita merancang, Allah jua membuat perancangan untuk hamba-Nya. Dan Allah adalah sebaik-baik Perancang.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik pula bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" [al-Baqarah:216]

Teman,
Percayalah,
DIA tahu apa yang terbaik buat kita…


Monday, February 27, 2012

Di Negeri Miskin Itulah...

Salaamun 'ala manittaba'al huda.

Kelantan Miskin 
Di negeri miskin itulah, 
Jual beli dihentikan bila azan berkumandang, 
Di negeri miskin itulah, 
Selebriti wanita popular tanah air bertudung ayu,
Di negeri miskin itulah, 
Berebut ibu ayah mendaftar anak di Maahad Tahfiz Sains, 
Di negeri miskin itulah, 
Diperkenalkan sistem gadaian Islam Ar-Rahnu menolak riba, 
Di negeri miskin itulah, 
Kerja 5 hari seminggu mula berkuatkuasa, 
Di negeri miskin itulah, 
Hari Jumaat dijadikan hari menuntut ilmu agama, 
Di negeri miskin itulah, 
Cuti bersalin mula ditambah dari 40 ke 60 hari, 
Di negeri miskin itulah, 
Elaun Menteri Besar dipotong utk Tabung Serambi Mekah, 
Di negeri miskin itulah, 
Amalan memberi cenderamata kpd pemimpin dihentikan, 
Di negeri miskin itulah, 
Waktu bekerja pd bulan Ramadhan dipendekkan, 
Di negeri miskin itulah, 
Iddah diberikan khusus kpd kakitangan wanita yg kematian suami, 
Di negeri miskin itulah, 
Tak mungkin sekali kelihatan pawagam dan tempat hiburan, 
Di negeri miskin itulah, 
Papan tanda cara menjaga aurat ditayangkan, 
Di negeri miskin itulah, 
Peringatan waktu solat di sepanjang jalan, 
Di negeri miskin itulah, 
Ramai org mula mengenal tuhan, 
Di negeri miskin itulah,
 lahirnya tokoh2 terkenal, 
Di negeri itulah, 
saya dilahirkan dan dibesarkan.

TGNA, tokoh terkenal kelahiran Kelantan.
 
Model wanita dalam papan tanda iklan yang menutup aurat.

 Dan yang paling penting....
Aku, dilahirkan di kg. padang siam ^^,
tanah merah, kelantan.

Monday, February 20, 2012

Yang Terindah & Yang Terbaik : Kahwin Muda

Salaamun 'ala manittaba'al huda.

Setelah sekian lama tak update blog, hari terbuka hati untuk berkongsi artikel ni. Semoga bermanfaat untuk para pembaca sekalian. Yang baik, kita ambil. Yang tak baik, kita tinggalkan.

Baca, faham & amal2kan. ^^,v
__________________________________________________________________


Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik mahar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)