AMANAH ini BUKAN HAK MILIK, tetapi ANUGERAH dari-NYA.
Monday, February 20, 2012
Yang Terindah & Yang Terbaik : Kahwin Muda
Salaamun 'ala manittaba'al huda.
Setelah sekian lama tak update blog, hari terbuka hati untuk berkongsi artikel ni. Semoga bermanfaat untuk para pembaca sekalian. Yang baik, kita ambil. Yang tak baik, kita tinggalkan.
Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga
perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk
waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis
setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)
Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat
persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang
fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.
1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu
pelajaran?
Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu?
Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang
membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita,
mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin
ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu
bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk
buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja
sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?
2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada
isteri kalau belum ada kerja?
Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan
ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin
dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan
wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah
yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada
berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi
tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup.
Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak,
dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba
kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang
berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang
mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak
larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai
penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.
Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang
(lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari
hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan
memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas
(rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)
3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?
Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan
walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos
seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad
nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat
datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat
sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa
jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang
sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik mahar
adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam.
Tidak sampai puluh ribu pun.
Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu
diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan
agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang
menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)
4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?
Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk
belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin
bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada
fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda.
Benda yang baik, jangan dilambatkan.
Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada
pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin
terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita
akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk
melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk
melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.
Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang
laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka
nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka
bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan
Ahmad)
5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?
Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri.
Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam?
Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah
saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di
lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri
sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri
dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih
baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya
lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia
sebenarnya.
6. Macam mana dengan restu ibu bapa?
Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal.
Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada
ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi
kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan
fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada
adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup
wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap
hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik
untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila
seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka
terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan
kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu
susah sangat.
Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah
anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa
mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)
Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat
bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal
berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga.
Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati
Allah. InsyaAllah.
Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara
hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)
Allah dah takdirkan siap2 mengikut kemampuan hamba DIA..sbb tu ada yg kawin masa belajar,masa keja,ataupun lambat sikit ke..etc..yang penting,niat dan tujuan mengHALALkan hubungan itu kena jelas kan..^^,.moga Allah mudahkan urusan.
Tak lama lagi dah ni akhi Khairul ni..^^
ReplyDeleteBest artikel..
Syukran atas perkongsian..
Semoga memperolehi zaujah yg solehah..
Allah dah takdirkan siap2 mengikut kemampuan hamba DIA..sbb tu ada yg kawin masa belajar,masa keja,ataupun lambat sikit ke..etc..yang penting,niat dan tujuan mengHALALkan hubungan itu kena jelas kan..^^,.moga Allah mudahkan urusan.
ReplyDeletekuşadası
ReplyDeletemalatya
adana
kayseri
bursa
JDZİ2N
kuşadası transfer
ReplyDeletefoça transfer
alaçatı transfer
didim transfer
karşıyaka transfer
RSFHR