Salaamun 'ala manittaba'al huda.
Kelantan Miskin
Di negeri miskin itulah,
Jual beli dihentikan bila azan
berkumandang,
Di negeri miskin itulah,
Selebriti wanita popular tanah
air bertudung ayu,
Di negeri miskin itulah,
Berebut ibu ayah
mendaftar anak di Maahad Tahfiz Sains,
Di negeri miskin itulah,
Diperkenalkan sistem gadaian Islam Ar-Rahnu menolak
riba,
Di negeri miskin itulah,
Kerja 5 hari seminggu mula berkuatkuasa,
Di negeri miskin itulah,
Hari Jumaat dijadikan hari menuntut ilmu
agama,
Di negeri miskin itulah,
Cuti bersalin mula ditambah dari 40 ke
60 hari,
Di negeri miskin itulah,
Elaun Menteri Besar dipotong utk
Tabung Serambi Mekah,
Di negeri miskin itulah,
Amalan memberi
cenderamata kpd pemimpin dihentikan,
Di negeri miskin itulah,
Waktu
bekerja pd bulan Ramadhan dipendekkan,
Di negeri miskin itulah,
Iddah
diberikan khusus kpd kakitangan wanita yg kematian suami,
Di negeri
miskin itulah,
Tak mungkin sekali kelihatan pawagam dan tempat hiburan,
Di negeri miskin itulah,
Papan tanda cara menjaga aurat ditayangkan,
Di
negeri miskin itulah,
Peringatan waktu solat di sepanjang jalan,
Di
negeri miskin itulah,
Ramai org mula mengenal tuhan,
Di negeri
miskin itulah,
lahirnya tokoh2 terkenal,
Di negeri itulah,
saya dilahirkan dan
dibesarkan.
TGNA, tokoh terkenal kelahiran Kelantan.
Model wanita dalam papan tanda iklan yang menutup aurat.
Dan yang paling penting....
Aku, dilahirkan di kg. padang siam ^^,
tanah merah, kelantan.
No comments:
Post a Comment