Monday, March 26, 2012

Takut Untuk Memberi Harapan

Salaamun 'ala manittaba'al huda.



Teman,
gantungkanlah harapanmu kepada Allah,
nescaya Dia akan memberikan yang terbaik buat kamu.
Jangan berharapkan kepada manusia seperti aku,
kerana aku hanyalah seorang manusia,
yang tiada kudrat dan upaya,
yang tunduk dan patuh kepada ketetapan Rabbul ‘Izzati.

Sesungguhnya,
aku takut untuk memberikanmu walau secebis harapan,
kerana aku amat takut,
suatu hari nanti,
aku tak mampu untuk memenuhinya….
Lalu hatimu akan terhiris,
oleh tajamnya kecewa.

Teman,
sandarkanlah harapanmu kepada Tuhan,
bergantung haraplah kepada-Nya,
kelak nanti,
jika dirimu kecewa,
kecewamu akan bersandarkan Redha…

Sesungguhnya kita merancang, Allah jua membuat perancangan untuk hamba-Nya. Dan Allah adalah sebaik-baik Perancang.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik pula bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" [al-Baqarah:216]

Teman,
Percayalah,
DIA tahu apa yang terbaik buat kita…


4 comments:

  1. moga dipermudahkan urusan akhi olehNya ^^,

    ReplyDelete
  2. all the best! ni link blog baru.. semoga bermanfaat
    http://azlindaamin.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. salam ziarah entry yg menarik..teruskan berkarya syabab :)

    ReplyDelete