Saturday, June 9, 2012

5 Berbalas 7: Cari Pengalaman Dulu

Salaamun 'ala manittaba'al huda.

Alhamdulillah, hujung minggu ni disibukkan dengan kedatangan kaum keluarga dari Kelate yang berkunjung ke negeri Johor. Penat + Gembira!! ^_^

Sebenarnya, kunjungan ini adalah kunjungan yang bersebab. Alhamdulillah, sepupu telah selamat bertunang dengan orang Johor. ^^, (Kelate + Johor = Kelahor)

Sebaik sampai di homestay di Taman Mutiara Rini, kelihatan rombongan kaum keluarga aku amat penat setelah menempuh 12 jam perjalanan! Biasalah orang-orang tua... haha.

Jangan Cari Orang Jauh. 

Pesan Mak Long :

"Along tok soh laa cari ore jauh2... Mok Long dok larat doh nok maghi blarok..." pesan mak long sambil mengurut-ngurut badan dan kakinya yang lenguh. (macam datang ke Johor berjalan kaki pulak mok long nih hehe...)

"Ko doh ado ore Johor doh ni?" sambungnya lagi.

"Skalo gak nyo cari ore UTM jugok ni...Cari hok dekat2 sudoh lah long.." sambung Maksu pula.

Ma pulak senyum malu-malu. Ma memang macam tu. Bab-bab nikah kawen cari menantu ni dia malu sikit. Mak-mak saudara pulak suka menyakat ^_^

Aku dalam hati:

=) xperlu kata apa2.

p/s: Aku menjadi "bahan" menyakat ni sebab aku memang duduk di Johor. Yang lain-lain tak kena.

5 Berbalas 7


Ini adalah hantaran pertunangan. Wah!! Bertunang pon kene bagi hantaran jugak ye. Paroks!! =p

5 adalah hantaran dari pihak lelaki dibalas 7 oleh pihak perempuan.

Ini adalah pengalaman 1st time aku tengok majlis pertunangan di negeri Johor. Wahh...macam tersangat formal ye..=)

Kalau di Klate, majlis biasa2 saja. Negeri2 lain macam mana pulak ye??

Rombongan kami baru sampai.


 MC memulaan majlis pertunangan ;)

Perbincangan menetapkan tarikh perkahwinan & wang hantaran sedang berlangsung. Siap pakai microfon tu...kecut perut aku nengoknya =p


Ni lah antara hantarannya...

Dan Alhamdulillah, tarikh perkahwinan sudah ditetapkan. 10-11-12. Haha... bukan 3 hari 3 malam ye. Sebanarnya 10hb Nov 2012 di Johor dan 17.11.12 di Klate. =)

Akhirnya, selepas majlis pertunangan selesai, gi jalan-jalan pulak. =) Biasalah, ada yang 1st time sampai Johor, so aku bawak la pergi pusing2 Danga Bay, Bazar Karat, bubur Sentosa. Keesokannya, sambung lagi pergi ziarah sanak saudara yang ada di Johor ni dan tengah hari, terus balik ke Kelantan. Semoga selamat perjalanan pulang ke kampung. 12 jam pulak =)

Wallahu'alam.




5 comments:

  1. pergh.... besaq tu majlis tunang..
    erm gambo ni deme ambik gune kamera ape ek?
    majlis formal tunang tu.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah formal...xdisangka2 pulak jd formal =)

      gambar ni amik dgn kamera hanset jah.sony ericson. 3.2mp

      Delete
  2. Salam alaik.

    "Cari yg dekat-dekat sudahlah."
    "cari org kita sudahlah."

    Skema pesanan yg dapat. hohoho.
    Tok soghe la oghe kato. (=

    By the way ada housemate orang Johor juga, dia pernah bercerita memg majlis mcm tu lah. Tgk sekali, mcm dah kahwin dah. -.-


    p/s : Bukan ke yg simple tu yg mudah lagi menyenangkan? Eh. Ke x? huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam wbt..

      em Dr. Izzati pon kene pesan gitu jugok ko?
      kena dengar tuh pesan mak ayah, ada kebaikan/hikmah yg kita tak nampak...^_^

      Jika ni budaya di Johor, kita raikan. =)

      yg mudah & menyenangkan itulah yg berkat, insyaAllah.

      Delete
    2. Pesanan mak ayah wa family. (=

      Delete