Salaamun 'ala manittaba'al huda.
InsyaAllah, perkongsian ini adalah berkaitan dengan kematian. Sebenarnya, ilham untuk perkongsian kali ini adalah sesudah saya mendengar lagu Bila Aku Sudah Tiada =). Jadi, untuk kali ini biarlah artikel ini mengingatkan kita tentang kematian yang akan kita hadapi suatu hari nanti, insyaAllah. Jom... berkenalan dengan Oh! Islam. Artikel ini saya petik dari blog ini. Semoga bermanfaat untuk semua.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dikisahkan ketika Allah mencipta Al-Maut
(kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka berkata malaikat Izrail,
“Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?”. Maka Allah menyingkap rahsia
Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah
seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya
dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar
kembali, bertanyalah mereka, “Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih
besar dari ini?” Kemudian Allah SWT berfirman: “Akulah yang
menciptakannya dan Akulah yang lebih agung daripadanya. Seluruh makhluk
akan merasakan Al-Maut itu”.
Kemudian Allah memerintahkan Izrail
mengambil Al-Maut. Walau bagaimanapun, Izrail khuatir jika tidak terdaya
untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian
Allah memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di
tangannya. Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah
hingga barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya.
100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.
3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda,
“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu
kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian
mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai
ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk
menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka
keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik
rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.
Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik
roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan
saat nazak orang itu”.
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi, “Kalau
orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan
menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu
dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu
melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada
disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan
melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak
itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri.
Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam
masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah
kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat
tinggalnya”.
Sama-sama kita renungkan.
Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita untuk pergi selamanya
Takkan terduga
Jika saat ini tuhan tentukan aku lah orangnya
p/s : Sahabat2 yg aku kasihi, bila aku sudah tiada...mohon disedekahkan Al-fatihah untukku...Bila tiba masa kita untuk pergi selamanya
Takkan terduga
Jika saat ini tuhan tentukan aku lah orangnya
salam dik,
ReplyDeletewalau akak pernah membaca n3 seperti ini namun terkesan sungguh dgn pesanan adik di akhir n3..insyaAllah dik sama2 kita sedekahkan Al-fatihah pada setiap muslimin-muslimat yg telah pergi meninggalkan kita.
waalaikumussalam wbt.
ReplyDeleteterima kasih kak anitaare. InsyaAllah sama2 kita sedekahkan.
saya pernah post entry macam ini. ramai yang pertikaikan..
ReplyDelete