Thursday, December 9, 2010

... Jongkang-Jongkit Kehidupan ...

Assalamualaikum wbt.

Ini adalah dialog antara seorang naqib dan anak usrah nya...

ABANG : Adik,jomlah pergi usrah, jomlah berdakwah, ummah semakin koyak, jomlah kita bangkit mengubah segalanya ...

ADIK :Abang, adik tidak mahu!! adik kena study!!Markah semester lepas dah cukup teruk gara-gara dakwah, tarbiah dan program!!Adik menyesal megikuti semua itu!! Bosan...Dakwah bukan je plainly cerita rububiyah ketuhanan, tapi banyak lagi skopnya. Bukan ke Islam tu syumul... Kalau nak berjaya, kena study. Waktu study, studylah..Esok kalau dah berjaya, adik buatlah kerja dakwah tu. Kalau adik buat kerja dakwah, adik gagal dalam pelajaran nanti... Kan nanti adik menutup mata orang lain terhadap Islam!!

ABANG : Adik, dakwah dan pelajaran bukan macam jongkang jongket...

ADIK : Jongkang jongket? Apa abang merepek ni?

ABANG : Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam jongkang jongket ... Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah! Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah.... Tu bukan dakwah namanya.. Dan tu bukan belajar namanya...

ADIK : Habis tu?

ABANG : Hmm, dakwah dan pelajaran kena berkadar terus... Tak boleh inversely proportional.

ADIK : Apa maksud abang?

ABANG : Orang yang melakukan kerja dakwah dengan ikhlas akan menemukan Allah dalam pelajarannya...

ADIK : Adik tidak faham.....

ABANG : Tak pe, abang terangkan. Macam gini, bila dah berdakwah tu, rasa senang je nak study. Bila belajar tentang Accounting dalam debit kredit misalnya... boleh bayangkan betapa hebatnya Allah wujudkan dosa dan pahala. Bila belajar tentang Ethics , terasa kerdilnya diri... Bila belajar tentang Islamic Axiom, terasa akrab dengan Pencipta .

ADIK : Kenapa?

ABANG : Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum tersebut adalah hukum Allah... Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah... Rasa senang hati nak terima ilmu. Kalau orang lain study 1 jam, dia hanya perlu study 10 minit sahaja!!



ADIK : Sebab apa?
ABANG : Sebab ada keberkatan masa dalam studynya itu!!

ADIK : Adik tak pernah rasa semua itu, Kiranya, selama ni abang nak cakap yang adik ikut program tarbiah dan dakwah tu tak ikhlas ea?

ABANG : Tak, itu bukan maksud Abang!! Cuma kena checklah sikit hati tu, waktu buat kerja dakwah tu, ada tak berlaku tarik tali dengan Allah.....

ADIK :Apa maksud abang tarik tali dengan Allah?

ABANG : Ok, abang berikan contoh... Misalnya waktu buat kerja dakwah tu, Terdetik tak kat hati , banyak lagi yang tidak habis belajar,Terdetik tak kat hati, assignment banyak lagi, Itulah maksudnya tarik tali dengan Allah. Ada keraguan dalam hati seolah-olah tidak yakin dengan janji Allah....Siapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongnya!!Kita melakukan jual beli dengan Allah, tapi kita tidak bayar lagi. Kita berdoa, tapi tak ada kesungguhan dalam doa kita... Kita berdakwah, tapi hati kita tiada dengan Allah.

ADIK TERMENUNG SEKETIKA...

ADIK : Adik dah faham.... adik kena banyak muhasabah. Adik dah study dari tadi, tapi tak masuk-masuk. Adik tahu itu maksudnya peringatan dari Allah.Adik tahu hukum berdakwah, tapi tidak mengerjakan kerja tersebut.

ABANG : Adikku...Seorang ibu pernah mengatakan "Aku ingin dakwah terlihat dalam setiap perbuatanku. Setiap kali aku bergaul dengan jiranku, aku ingin mereka merasakan kemanisan iman dan Islam. Setiap kali jiranku melihat kebahagian rumahtanggaku, aku ingin mereka merasakan keindahan Islam... Adik, itulah yang ingin abang bentuk dalam diri abang... Abang nak setiap perbuatan abang menjadi manifes
tasi dakwah itu sendiri. Pelajaran abang, hubungan abang dengan keluarga dan sahabat, segalanya adalah dakwah!!

Moga kita bersama dalam usaha merealisasikannya.

Adik, abang ingin berkongsi satu kisah, mengenai kisah Assyahid Imam Hassan Al Banna... Adik, adik pastinya arif mengenai Assyahid Imam Hassan Al Banna. Dakwahnya menyinari hati umat manusia di saat itu. Dia berdakwah sehingga ke kawasan perkampungan di gunung-gunung yang tinggi. Semua manusia mengenalinya!Tanyakan sahaja di jalanan di saat itu, kenalkah kamu dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna, pasti semua mengenalinya kerana kerja kerasnya di dalam perjuangan dakwah. Adik, abang akui sememangnya untuk berjaya dalam pelajaran, kita kena berusaha. Itu Sunnatullah.

Tapi dik... kemenangan Islam takkan tertegak dengan kata-kata, dengan mimpi sahaja. Untuk memastikan kejayaan dakwah, kita juga kena berusaha. Itu juga adalah Sunnatullah. Kemenangan Islam memerlukan pengorbanan dari pengikutnya.Adik, abang kongsikan pembacaan abang dalam buku Detik-detik Hidupku karangan Assyahid Imam Hassan Al Banna:

Allah, dengan sifat ArRahaman dan ArRahimNya, memberi ketenangan dan kepuasan kepada hambaNya yang beriman, apabila Dia mahukan segala sesuatu urusan . Dia akan mempermudahkan hambaNya itu untuk mencapainya.

Pada malam sebelum ujian nahu, saya telah bermimpi. Di dalam mimpi tersebut, saya sedang berada dalam sebuah perahu bersama-sama ulama yang terkenal. Perahu itu sedang berlayar di Sungai Nil. Salah seorang ulama itu menghampiri saya. Dia memakai pakaian orang-orang di pedalaman Mesir.Dia menyoal saya, Di mana syarah (hurai
an) Ibnu Aqeel mengenai al-Afiyah? Saya menjawab, Ini dia! Katanya, Mari kita ulangkaji sebahagian darinya.Buka ke muka surat sekian-sekian . Saya pun membuka ke muka surat-muka surat yang disebutkannya dan mula mengulangkaji. Kemudian saya terkejut jaga!!

Saya sangat gembira. Pagi esoknya saya menduduki ujian. Saya dapati kebanyakan soalan datang dari muka surat-muka surat yang saya baca di dalam mimpi tersebut. Ini semua adalah rahmat Allah. Allah telah memberi rahmat istimewa kepada saya.Mimpi yang benar adalah sumber maklumat kepada seorang Mukmin. Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam!!

Pasti adik ingat lagi Assyahid Sheikh Ahmad Yassin. Dia cacat. Duduk di atas kerusi roda. Tapi apa yang telah dia lakukan untuk Islam? HAMMAS berdiri d
engan izzah!! Musuh menggeruninya!! Adik....Ayuh! lakukan sesuatu untuk Islam!!Ayuh berada dalam saf perjuangan!!

P/S:Artikel yg menjadi motivasi diri saya. Saya kongsikan dengan shbt2 sekalian. semoga ianya bermanfaat,insyaAllah.

"Ilahi anta maqsudi, waridhaka matlubi, a'tini mahabbaka wama'rifataka"

Saturday, November 27, 2010

Dakwah Bukan Untuk Pemikul Yang Manja!



Dakwah bukan untuk orang yang malas. Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri. Dakwah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa. Dakwah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join. Yang penat, bersusah payah, elak. Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh Tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.

Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami, yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman bila dia dalam kesusahan. Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.

Yang cepat mengalah, yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain. Yang hanya pandai bercakap dan menulis, tapi amal kosong.

Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’dan usrah hanya kerana nak disebut sebagai orang yang ditarbiyah. Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute. Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah. Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh. Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

Dakwah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Dakwah bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot. Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

Ingat…

Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara. Cuma, tanpa tarbiyyah,
tanpa dakwah, belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti…INGAT TU.

Tak mengapa...

Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda. Berbahagialah seadanya.

Saya menghitung diri. Terlalu kerap menuturkan “saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..” Adakah ini petandanya saya terlalu MANJA?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.

Tuesday, November 23, 2010

The Real Muslimat


Real Muslimat

Peranan wanita dalam menggerakkan Dakwah Islamiyyah tidak harus dipandang enteng. Jika dahulunya persepsi masyarakat menganggap peranan mereka ini hanya sebagai ‘peranan di sebalik tabir’, bersifat destruktif dan lemah, namun hari ini ungkapan tersebut wajar diperbetulkan. Tanggungjawab dalam memperbaiki masyarakat kampus adalah sama besar seperti peranan yang dimainkan oleh du’at lain. Ini diseru oleh Allah di dalam surat At-Taubah, ayat 71 yang bermaksud :

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebagian mereka (adalah) menjadi penolong sebagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah ; Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.."

Setiap mahasiswi pendokong Islam mestilah benar-benar menyedari bahawa mereka mempunyai peranan yang tersendiri dalam membina kekuatan ummah dan mendorong perjuangan ke mercu kejayaan. Oleh itu saya merasakan HEWI PMIUTM merupakan platform terbaik buat mahasiswi bersatu. Walaupun mahasiswi dikenali sebagai golongan yang lemah-lembut, namun dari fakta sejarah telah membuktikan bahawa mereka telah memberikan sumbangan yang sangat besar ertinya kepada perjuangan Islam.

Kisah sejarah srikandi Sumayyah dan keluarganya dibunuh oleh kaum musyrikin telah membuktikan kecekalan dan ketabahan hati seorang wanita dalam mempertahankan aqidah hanya untuk mentauhidkan Allah yang Esa. Saidatina Asma’ Abu Bakar juga salah seorang wanita yang telah menempa nama dengan turut sama membantu Baginda SAW, ayahandanya dan para sahabat dalam menegakkan Islam. Dengan menghantar makanan kepada mereka ketika dalam perjalanan untuk berhijrah ke Madinah, beliau perlu diiktiraf sebagai pendokong, pejuang dan pembela agama Islam. Walaupun usianya ketika itu masih muda remaja namun beliau begitu berani dalam melaksanakan arahan dan perintah Baginda SAW.

Justeru itu,berdasarkan pristiwa sejarah Islam yang lalu, muslimat kini berperanan penting dalam gerakan mahasiswa seperti membantu dalam pengurusan organisasi yang sistematik, sumbangan idea yang bernas, mengatur strategi dalam memberi kesedaran dan kefahaman Islam yang jelas kepada masyarakat khususnya golongan hawa di kampus. Mahasiswi hendaklah sentiasa bersama dalam menghulurkan sumbangan, menunaikan amanah dan tanggungjawab. Kebersamaan mereka dalam bertindak di lapangan perjuangan ini dapat menampung segala kekurangan dan kelompangan yang disedari mahupun tidak.

Agenda dakwah yang besar dan menuntut mahasiswi menyediakan hati yang kental dalam menghadapinya. Jadilah muslimat yang berjiwa besar dengan mengambil ibrah menerusi apa yang telah dilalui oleh generasi sebelum ini. Memetik kata – kata saudari Rafidah binti Salleh, mantan Timbalan Presiden GAMIS, selaku Penasihat SIGMA (SRIKANDI GERAKAN MUSLIMAT MUDA), “Muslimat muda yang tergolong dalam golongan intelektual perlu lebih berjiwa besar dan memandang masalah masyarakat pada hari ini adalah tanggungjawab kita. Idealisma kita sangat didahagai oleh semua untuk membawa masyarakat ke arah yang lebih baik dan bertamadun dari segi akhlak dan budayanya”.

Muslimat Dinamik

Mahasiswi merupakan golongan majoriti penghuni kampus. Rugi andaikata tenaga kerja sebegini banyak tidak dimanfaatkan dengan sebaik mungkin demi kepentingan Islam. Malahan, mereka mampu menjadi sebahagian daripada kilang tersebarnya risalah Islam kepada masyarakat kampus itu sendiri. Muslimat mesti bergerak dengan cara yang tersendiri dan berbeza dengan mahasiswi-mahasiswi yang lain. Keizzahan gerakan muslimat terbina daripada kefahaman mereka terhadap akidah perjuangan dan keimanan dalam diri. Sebagai muslimat yang terlibat dalam menyebarluaskan fahaman Islam, mereka harus memiliki prinsip akidah yang utuh dan mampu menyusun strategi dalam lingkungan syariah bagi membawa risalah dakwah.

Oleh itu, muslimat perlu menyediakan diri dalam setiap lapangan ilmu terutamanya dalam menjuarai isu semasa bagi memastikan pergerakan dakwah Islam berjalan lancar dan kemenangan Islam itu menjadi jelas dan semakin hampir.

Seteguh Karang Di Lautan Ummah

Tsunami kerosakan akhlak yang melanda masyarakat kita pada hari ini sememangnya menuntut serikandi kita untuk membentuk dan memiliki jiwa seteguh karang di lautan. Biarpun hebat badai datang melanda, namun keteguhan dan keutuhan diri ‘Real Muslimat’ itu tidak akan berganjak walaupun seinci. Ruang dan peluang untuk muslimat itu berpencak sememangnya sudah tersedia ada. Program Teman Muhasabah Hewi (TM Hewi) contohnya banyak membantu muslimat dalam mendekatkan jurang dengan mahasiswi kampus yang lain. Selain itu juga, platfom ini dapat digunakan untuk mengasah bakat mereka terutamanya dalam kemahiran pengucapan awam, kemahiran komunikasi, kemahiran menguruskan organisasi yang mana akhirnya mampu menyediakan ikon dalam kalangan masyarakat kampus. Selain itu juga, penganjuran Kem Jati Diri Siswi (KEJASIS) turut membuka jalan kepada mahasiswi untuk meningkatkan kualiti dan kemahiran diri.

‘Track record’ perjuangan hari ini telah meletakkan muslimat di persada dakwah melalui inovasi dan idea cetusan baru sentiasa menuntut kepada keberanian, keikhlasan dan kecekalan hati para ahlinya. Real Muslimat perlu memiliki ciri-ciri anggun, bijak dan solehah. Dalam konteks muslimat yang terlibat dalam menggerakkan dakwah di kampus hari ini, perlu untuk mereka memiliki ciri-ciri seumpama ini dan tidak hanya menumpukan pada ciri-ciri tertentu sahaja.

Konklusinya, muslimat hari ini mestilah mewarnai diri dengan segala sikap dan sifat muslimah sejati. Iaitu mempunyai ilmu penuh di dada, menyediakan diri untuk ditegur, malah redha atas segala kekurangan diri dan mempunyai tekad untuk membaikinya, terus sabar mengatur langkah menegakkan yang hak dan bersiap siaga ke medan perjuangan.

*Petikan ucapan dasar Muktamar PMIUTM kali ke-8.

Monday, November 22, 2010

.: Mahasiswa Ghuraba' :.



Assalamualaikum wbt.
Sedikit perkongsian buat sahabat2.

Intima'kan pembelajaran dengan Islam...

Apakah??

Menjadi golongan ghuraba' bukanlah impian semua mahasiswa yang berada di kampus, bahkan ada sahaja di kalangan golongan ini yang 'futur' di tengah-tengah medan perjuangan. Perjuangannya bukanlah hingga memerlukan senjata terangkat, hanya perlukan ilmu sebagai 'perisai', kata-kata sebagai 'pedang'nya dan pena sebagai 'pistol'. Kalau nak 'pistol' canggih sikit, boleh jadi blog lah sebagai 'pistol laser'nya.

Kita sentiasa di doktrinisasikan oleh sesetengah manusia yang tidak bertanggungjawab bahawa mahasiswa perlu cemerlang dalam akademik. Mahasiswa itu bertanggungjawab pada akademik, tidak ada ruang langsung untuk kenegaraan, globalisasi dan sebagainya. Tetapi, bila kita berbicara tentang mahasiswa dan dakwah, perkara ini bukanlah sesuatu yang tidak akademik, bahkan ia lebih diutamakan jika kita mahu benar-benar melihat mahasiswa kita berjaya.

Kadang-kadang, kita bukannya berbeza sangat dari rakan-rakan yang lain. Kita sebenarnya sama, cuma mereka tidak merasai apa yang kita rasa, tetapi kita merasai apa yang mereka rasa. Sebagai satu contoh, kita belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat kejayaan yang cemerlang , kita memastikan kita memperolehi kerja yang terbaik dan kita memastikan kita mampu memenuhi kehendak dan hak ibu bapa. Itu adalah kemahuan semua, biarkan mereka tidak berintima' dengan Amal Islami.

Tetapi, bila merasai keperluan dakwah dan menggabungkan diri dengan Amal Islami, kita belajar bersungguh-sungguh bukan kerana sekadar untuk berjaya dengan cemerlang semata-mata, tetapi mengambil peluang yang ada untuk meningkatkan ekonomi diri dan keluarga serta menyediakan peruntukan yang boleh disumbangkan untuk Islam. Pernah tak rakan-rakan terfikir terfikir hingga ke tahap itu? (Sekadar muhasabah...)

Musim perang pena masih berjalan...Sentiasalah berusaha dan ikhlaskan niat kita kerana Allah. Mendapat keputusan yang cemerlang atau kurang cemerlang itu semuanya rezeki dari Allah...Oleh itu yakin dan percayalah result itu adalah yang paling pantas dan terbaik buat kita...



"Allohummaj'alna minannajihin...walfaizin...walmutafawwiqinn fi imtihanina..."

Thursday, November 18, 2010

Aku Tinggalkan Cintaku Demi DIA

Assalamualaikum wbt.
Ke arah meng'update' blog, jadi saya kongsikan dgn sahabat2 sekalian entry ni.
Semoga ianya bermanfaat.
Diambil dari blog seorang sahabat :
http://nianurani.blogspot.com



Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera buat sahabat-sahabatku dan pengunjung .::Permata Yang Dicari::.. Apa khabar iman kalian hari ini?? Insya'allah, semoga iman kita bertambah lebih-lebih lagi di bulan yang penuh barakah ini...Post saya pada kali ini ditujukan khas buat seorang insan. "Aku Tinggalkan Cintaku Demi DIA"..

Sukarnya hati membuat keputusan untuk memilih antara cinta manusia dengan cinta Allah. Bukan bermakna tidak mencintai Allah, cuma hati tidak kuat untuk menghadapinya. "Saya mahu clash!!" Kata-kata keramat yang amat susah untuk kita luahkan pada insan yang sudah mula bertakhta di hati. Lebih-lebih lagi bila hubungan itu sudah lama terjalin. Tapi kita sering lupa hubungan yang terjalin antara kita dan Allah lagi lama sebelum kita dilahirkan lagi. SuhanaALLAH!!Saat kita mendambakan cinta seorang makhluk, ada YANG MAHA HEBAT sedang mencintai kita. Oleh kerana asyik mengejar cinta sesama makhluk, kita terkadang terlupa tentang masyuknya bercinta dengan YANG MAHA PENYAYANG iaitu ALLAH S.W.T. Yang dapat memberi kita kebahagian bukan saja didunia malah di akhirat sana.

"Tapi saya terlalu sayangkan dia.." Bohonglah saya cakap jika hubungan yang kalian bina tiada kasih sayang. Cuma kasih sayang ditumpahkan pada tempat yang salah dengan cara yang tidak betul. Jika kalian menyayangi pasangan masing-masing dengan begitu hebat, cuba bayangkan kasih sayang ALLAH pada kita. Cuba lihat di sekeliling kita. Apa lagi yang kurang?? Semua nikmat yang kita peroleh hasil daripada CINTA dan KASIH SAYANG-NYA. Tapi apa yang kita peroleh daripada cinta manusia yang tidak bersandarkan padaNYA??

Kuatkanlah dirimu wahai sahabatku. Kutahu agak sukar kalian untuk membuat pilihan. Tetapi percayalah dengan pilihan yang telah kalian lakukan. Jika Allah yang kalian pilih, maka kalian akan memperoleh cinta yang kekal abadi..Tapi jika cinta tak halal yang menjadi pilihan, Allah tidak rugi apa-apa, bahkan kita yang menanggung kerugian. Bila kalian memilih untuk meninggalkan cinta si dia, usah ragu dengan pilihan kalian kerana itulah pilihan yang terbaik dikurniakan oleh ALLAH untuk hamba-hambaNya yang terpilih. Yaa!!kalian adalah insan terpilih. Teruskan dengan keputusan kalian.

"Saya bimbang jika diri tak kuat" Kita semua memang hamba yang lemah dan tidak kuat. Kita tidak mampu untuk menjaga hati kita sendiri. Tapi tak bermakna kita harus membiarkan kelemahan kita itu sebagai alasan untuk kita membenarkan segala yang salah. Kekuatan harus dibina dan dipupuk bukannya kena tunggu dulu, baru kekuatan bisa mengalir. Duhai saudaraku sekalian, selamilah hati dan kenalilah hati kalian. Apakah tujuan ikatan yang sedang kalian nikmati. Jika demi menuju redhaNYA, Alhamdulillah. Tapi jika berlandaskan nafsu semata-mata, nauzibillahi minzalik!!

Kepada rijjal, jika nisa memilih jalan untuk meninggalkanmu demiNya, berterima kasihlah kerana dia menyelamatkanmu daripada terheret ke lembah kehancuran. Jangan pula kalian menyalahkan nisa dan melontarkan kata-kata yang bisa menggoyahkan keputusan nisa. Jangan pula kalian menghamburkan kata-kata yang keterlaluan demi menggambarkan perasaan kalian yang tidak keruan. Buat Nisa, jika rijjal lebih memilihNya daripadamu, bersyukurlah! Kerana bukan senang untuk seorang Rijjal melepaskan seorang bidadari sepertimu melainkan kerana takutkan Allah S.W.T. Janganlah pula kalian bermandi air mata darah, kerana kita manusia yang tidak layak untuk ditangisi. Sebaiknya alirkanlah air mata demi meraih CINTA-NYA yang SUCI lagi HAKIKI..

Semoga dengan pilihan yang diambil oleh kalian, insya'allah mendapat gantian yang lebih baik daripada ALLAH S.W.T. Amin..

Bercinta secara halal..

ps:-sahabatku, aku yakin dirimu kuat!Dia tidak layak untuk ditangisi..Ingat, Aku kan sentiasa bersamamu dan yang paling penting Allah tidak pernah meninggalkanmu walau sesaat..Jadilah mawar yang penuh duri agar duri itu sentiasa melindungmu. Jangan pula dibuang duri-duri yang ada..saya tujukan khas lagu Kerana Cinta(yg sedang dimainkan dlm blog) untuk kalian..

~untuk menjadi yang terbaik masih belum kumampu, namun kucuba sedaya upaya..

Wednesday, September 1, 2010

6 Kisah Sebagai Pengajaran

KISAH 1

Pada suatu hari yang sudah lewat malam, Ustaz Hasan Al-Banna masih dalam perjalanannya pulang ke Kaherah. Dalam perjalanan itu beliau melihat sebuah kereta sedang berhenti di pinggir jalan dan seseorang menghentikan kereta beliau. Tanpa ragu-ragu beliau meminta pemandunya agar menghentikan kereta, lalu beliau pun turun dari keretanya dan mendekati lelaki tersebut, serta menanyakan hal yang diperlukan. Lelaki itu mengatakan bahawa keretanya kehabisan minyak, maka dengan sangat memohon agar diberi sedikit jika ada. Pada masa itu pam minyak kereta belum secanggih sekarang, ia berupa sebuah terompet pijat, iaitu sebuah terompet yang berbadankan kantong udara yang dibuat dari kulit. Jika kantong itu ditekan maka terompet itu akan berbunyi kuat sekali. Dalam kegelapan lewat malam itu Ustaz Hasan Al-Banna lalu kembali ke keretanya dan melepas kantong terompet itu serta mengisinya dengan minyak beberapa kali. Semua ini beliau lakukan tanpa menanyakan terlebih dahulu nama, agama, atau pekerjaan orang yang ditolong itu. Inilah sifat ulama dalam berbuat kebajikan. Lelaki itu jadi terhairan-hairan dengan sikap beliau, maka la memperkenalkan dirinya, "Nama saya Muhammad Abdurrasul, hakim di Mahkamah wilayah Kaherah. Siapakah nama Anda?" Dengan tawadhu' beliau menjawab, "Nama saya Hasan Al-Banna, guru di Madrasah Ibtida'iyah Al-Banin." Hakim itu bertanya, "Hasan Al-Banna, Ketua Umum Ikhwanul Muslimin?" Beliau menjawab, "Ya." Sejak saat itu Ustaz Muhammad Abdurrasul berdiri sebagai pimpinan Ikhwanul Muslimin di muka pengadilan. Allahuakbar.

KISAH 2

Ada beberapa orang yang ingin menjumpai Rasulullah saw. Salah seorang di antara mereka menceritakan, "Kami berusaha mencari tahu tentang Rasulullah, kerana kami belum pernah mengenal dan melihatnya. Kami bertemu dengan seorang lelaki, lalu kami
bertanya kepadanya tentang Rasulullah. la menjawab, 'Apakah kalian mengenalnya?'
Kami menjawab, 'Tidak.' Ia berkata, 'Jika kalian masuk ke dalam masjid, maka Muhammad adalah seseorang yang duduk bersama Abbas bin Abdul Muthalib yang tak lain adalah bapa saudaranya.' Kami menjawab, 'Ya, kami mengenal Abbas, dia sering datang kepada kami untuk berdagang.' la berkata, 'Jika kalian masuk masjid, maka Muhammad adalah orang yang duduk bersama Abbas.' Kemudian kami masuk ke dalam masjid dan kami menjumpai Rasulullah yang sedang duduk bersama Abbas. Kami memberi salam, lalu duduk di dekat mereka. Kemudian Rasulullah bertanya kepada Abbas, 'Wahai Abu Fadl apakah engkau mengenal dua orang ini?' Abbas menjawab, 'Ya. Ia adalah Bara' bin Ma'rur, seorang pemuka kaum dan ini Ka'ab bin Malik.' Rasul bertanya, 'Apakah dia penyair yang terkenal itu?' Abbas menjawab, 'Ya'. "Sungguh, saya tidak pernah melupakan ucapan beliau, "Apakah dia penyair yang terkenal itu?" Demikianlah cara Rasulullah dalam memikat hati mad'unya. Bara' Bin Ma'rur kemudianya menjadi umat Madinah (Ansar) pertama yang berbaiah kepada Rasulullah semasa Perjanjian Aqabah. Allahuakbar.

*Orang bukan Islam masuk masjid... (^^)v

KISAH 3

Umar bin Khathab ra. adalah contoh da'i yang berdakwah dengan bijaksana. Suatu hari beliau menanyakan khabar tentang seseorang yang pernah dikenalinya sebelumnya. Mereka menjawab, "Dia itu sedang berada di luar kota bersama para pemabuk." Lalu Umar mengirim surat kepadanya yang isinya,

"Sungguh, saya memanjatkan puji syukur ke hadirat-Mu, ya Allah yang tiada Ilah melainkan Engkau, Dzat yang Maha Mengampuni dosa, Dzat yang Maha Mene-rima taubat dan Dzat yang Mahadahsyat siksaan-Nya."

Berulangkali orang itu membaca surat tersebut sambil menangis sampai akhirnya la bertaubat. Tatkala Umar mendengar berita itu, la berkata, "Beginilah cara memberi
nasihat yang harus kalian contohi. Jika mengetahui bahawa saudaramu terpesong dan
melakukan dosa, maka luruskan dan mohonkan kepada Allah agar Allah mengampuninya, dan janganlah pula kamu yang menjadi syaitan baginya (iaitu memarahinya lagi atas dosa dan kesalahannya itu)."

KISAH 4

Suatu ketika Rasulullah saw. memberi izin masuk untuk beberapa orang untuk bertemunya, yang terakhir adalah Abu Sufyan bin Harb. Ia berkata, "Wahai Rasulullah, Anda telah memberi izin kepada beberapa orang sebelumku hingga saya mengira bahwa batu Khandaq pun mendapat izin sebelumku." Rasulullah saw. menjawab, "Engkau seorang, sama dengan mereka seluruhnya." "Engkau seorang, sama dengan mereka seluruhnya," kalimat ini tidak saja mengisyaratkan kedudukannya, tetapi kalimat ini terlontar kerana posisi yang sukar. Kata-kata Abu Sufyan "Hingga saya mengira bahwa batu Khandaq pun mendapat lzin sebelumku" merupakan gambaran jelas tentang ketegangan dan emosinya. Tidak ada yang tahu apa yang akan terjadi jika tidak ada ungkapan yang meredakan emosi itu. Muhammad saw. memahami betul hal ini dan wajah Abu,Sufyan. Kerananya beliau menyikapi dengan kata-kata yang sebaik mungkin dan perasaan selembut mungkin. Ucapan Nabi "Engkau seorang, sama dengan mereka seluruhnya" dapat mengubah hati Abu Sufyan dari satu kondisi kepada kondisi yang lain; yang tadinya marah kini reda, yang tadinya tegang kini tenang. Meskipun sebenarnya, apa pun yang akan dikatakan Rasulullah saw. Abu Sufyan sedia menerimanya, sedang Abu Sufyan ketika itu sudah beriman.

KISAH 5

Suatu masa, beberapa orang hamba datang kepada Hasan Al-Basri, mengadukan kekasaran yang dilakuan oleh tuan mereka yang telah membuat mereka menderita. Mereka meminta agar Hasan Al-Basri memberi nasihat dan menyarankan orang-orang kaya supaya memerdekakan hamba-hambanya. Dengan begitu mereka berharap mendapatkan kebebasan. Hasan Al-Basri pun berjanji untuk memenuhi permintaan mereka. Pada khutbah Jumaat pertama setelah itu, Hasan Al-Basri tidak berkhutbah tentang perhambaan Jumaat kedua dan ketiga pun berlalu tanpa menyinggung tema perhambaan ini dalam khutbahnya sebagaimana yang ia janjikan kepada mereka. Pada Jumaat keempat, barulah Hasan Al-Basri berbicara dalam khutbahnya tentang pahala orang yang memerdekakan hambanya. Belum sampai waktu petang menjelang, majoriti hamba telah dibebaskan.
Tidak berapa lama kemudian, para hamba mengunjunginya untuk mengucapkan terima kasih atas khutbahnya, namun mempersoalkan keterlambatannya menyampaikan tema ini hingga sebulan penuh. Hasan Al-Basri meminta maaf atas keterlambatan tersebut seraya mengatakan, "Yang membuat saya menunda pembicaraan ini adalah kerana saya tidak memiliki hamba dan tidak juga memiliki wang. Saya menunggu sampai Allah mengurniakan harta kepadaku, sehingga saya dapat membeli hamba, lalu hamba itu kubebaskan. Kemudian barulah saya berbicara dalam khutbah, mengajak orang untuk membebaskan hamba. Allah pun memberkati ucapanku kerana perbuatanku membenarkan ucapanku itu." Subhanallah..

KISAH 6

Abdullah bin Abis Sarh berperang di Afrika Utara (Tunisia). Penduduk daerah
tersebut adalah orang-orang Hami yang berkulit putih, pemimpinnya seorang dukun
yang belum diketahui namanya. Ketika umat Islam mendapat kemenangan pertama kali, mereka mengetahui bahawa orang-orang Hami adalah penyembah berhala, tak mengenal bahasa Arab dan ajar-an Islam sedikit pun. Maka Ibnu Abis Sarh mengirimkan utusan kepada Khalifah Utsman bin Affan untuk meminta fatwa tentang apa yang harus ia lakukan terhadap mereka. Mereka bukan Ahli Kitab yang harus membayar jizyah, tetapi belum juga masuk Islam.
Khalifah Utsman bin Affan ra. mengirim balasan agar mereka diperlakukan
sebagaimana orang-orang muallaf. Mereka diberi harta dari baitulmal umat Islam
sebesar keperluan hidupnya, dan dikirimkan kepada mereka beberapa orang guru
yang mengajarkan bahasa Arab serta menjelaskan pengertian dan hakikat Islam.
Akhirnya, mereka semua masuk Islam dan menjadi tentera-tentera pembela Islam.
Orang-orang Barbar yang masuk Islam dengan suka rela itulah yang menaklukkan
Sepanyol bersama Tariq bin Ziyad. Kebijakan yang dinasihatkan oleh Khalifah
Utsman bin Affan ra. itu kemudian menjadi panutan dalam menyelesaikan masalah masalah serupa. Demikianlah, "...dan barangsiapa dianugerahi hikmah itu, bererti ia
benar-benar telah dianugerahi kebaikan(karunia) yang sangat banyak. "(Al-Baqarah: 269)

Wednesday, August 11, 2010

Erti Ramadhan bagi seorang Mahasiswa

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T yang mengurniakan nikmat Iman & Islam serta nikmat istiqamah dalam perjuangan membawa Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga serta sahabat-sahabat baginda.

Marhaban ya Ramadhan Kareem

Setelah sekian lama menanti, akhirnya Ramadhan Al-Mubarak tiba jua akhirnya. Ramadhan, yang padanya mempunyai banyak kelebihan berbanding bulan-bulan lain dalam Islam sangat dirindui oleh hamba-Nya yang beriman. Baginda Rasulullah S.A.W beserta para sahabat juga ternanti-nanti dan tertunggu-tunggu akan kehadiran Ramadhan yang di dalamnya terdapat malam Laylatul Qadar, malam yang lebih baik dari seribu bulan, Subhanallah! Sabda Rasulullah S.A.W :

"Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah memfardlukan atas kamu puasanya. Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu surga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh setan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan" (Hr. Ahmad)




Ramadhan dianggap sebagai sebuah university yang menawarkan pelbagai pengajaran bersifat syumuliyah. Pengajaran ataupun tarbiyyah yang dirangkumkan dalam universiti Ramadhan ini termasuklah Tarbiyyah Ruhiyyah (kerohanian), Tarbiyyah Nafsiah (kejiwaan seperti mendidik mjadi orang yang bersabar), Tarbiyyah Imaniah (keimanan hingga meraih golongan bertakwa yang merupakan kemuncak daripada matlamat berpuasa), dan Tarbiyyah Aqliah (membentuk akal agar sentiasa positif kepada Islam seperti menitik-beratkan motivasi al-Quran).

Maka, apabila kesemua bentuk tarbiyyah ini diadun dalam diri Mahasiswa Muslim yang komited dengan Islam khususnya pada bulan Ramadhan, ditambah dengan penggarapan ilmu menerusi program tazkirah dan sebagainya, maka akan lahirlah Mahasiswa Muslim yang bertakwa sungguh-sungguh kepada Allah S.W.T, iaitu dalam erti kata takwa yang menjadikannya takut kepada Allah, beramal dengan segala perintah-Nya di dalam al-Quran, reda terhadap qada’ dan qadar-Nya serta bersiap-siap dengan bekalan untuk menghadapi-Nya.

Sahabat sahabiah yang dirahmati Allah,

Nah, sahabat mahasiswa sekalian! Apa tunggu lagi? Inilah peluang keemasan kepada kita terutamanya yang bergelar Mahasiswa Islam bagi merebut peluang yang diberikan oleh Allah S.W.T untuk kita sama-sama membentuk, membina serta mencari makna diri sebagai seorang Mahasiswa Islam.

Oleh yang demikian, adalah diharapkan agar Mahasiswa Islam yang akan menempuhi sesi pentarbiyyahan dalam university Ramadhan kali ini akan melahirkan graduan yang yang hebat bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran, bahkan cemerlang dalam segenap tindakan, tutur-kata, budi bahasa bukan hanya ketika berada di kampus universiti, malah ia menjadi darah daging sepanjang hidup.

Graduan-graduan Ramadhan yang cemerlang akan menghidupkan malam hari raya dengan bertakbir, berzikir, membaca al-Quran, bersolat sunat, dan mereka sekali-kali tidak akan reda membasahi bibir dengan perkataan yang sia-sia. Seorang Mahasiswa Islam mestilah sedar bahawa lafaz-lafaz takbir mengandungi maksud tarbiah ruh dan iman yang kental yang mampu membawa mereka mencapai status insan-insan yang benar-benar bertakwa di sisi Allah S.W.T. Inilah erti Ramadhan bagi mereka yang bergelar mahasiswa!

Jom...BERCINTA dengan RAMADHAN KAREEM!

Wallahu’alam.