Tuesday, November 23, 2010

The Real Muslimat


Real Muslimat

Peranan wanita dalam menggerakkan Dakwah Islamiyyah tidak harus dipandang enteng. Jika dahulunya persepsi masyarakat menganggap peranan mereka ini hanya sebagai ‘peranan di sebalik tabir’, bersifat destruktif dan lemah, namun hari ini ungkapan tersebut wajar diperbetulkan. Tanggungjawab dalam memperbaiki masyarakat kampus adalah sama besar seperti peranan yang dimainkan oleh du’at lain. Ini diseru oleh Allah di dalam surat At-Taubah, ayat 71 yang bermaksud :

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebagian mereka (adalah) menjadi penolong sebagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah ; Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.."

Setiap mahasiswi pendokong Islam mestilah benar-benar menyedari bahawa mereka mempunyai peranan yang tersendiri dalam membina kekuatan ummah dan mendorong perjuangan ke mercu kejayaan. Oleh itu saya merasakan HEWI PMIUTM merupakan platform terbaik buat mahasiswi bersatu. Walaupun mahasiswi dikenali sebagai golongan yang lemah-lembut, namun dari fakta sejarah telah membuktikan bahawa mereka telah memberikan sumbangan yang sangat besar ertinya kepada perjuangan Islam.

Kisah sejarah srikandi Sumayyah dan keluarganya dibunuh oleh kaum musyrikin telah membuktikan kecekalan dan ketabahan hati seorang wanita dalam mempertahankan aqidah hanya untuk mentauhidkan Allah yang Esa. Saidatina Asma’ Abu Bakar juga salah seorang wanita yang telah menempa nama dengan turut sama membantu Baginda SAW, ayahandanya dan para sahabat dalam menegakkan Islam. Dengan menghantar makanan kepada mereka ketika dalam perjalanan untuk berhijrah ke Madinah, beliau perlu diiktiraf sebagai pendokong, pejuang dan pembela agama Islam. Walaupun usianya ketika itu masih muda remaja namun beliau begitu berani dalam melaksanakan arahan dan perintah Baginda SAW.

Justeru itu,berdasarkan pristiwa sejarah Islam yang lalu, muslimat kini berperanan penting dalam gerakan mahasiswa seperti membantu dalam pengurusan organisasi yang sistematik, sumbangan idea yang bernas, mengatur strategi dalam memberi kesedaran dan kefahaman Islam yang jelas kepada masyarakat khususnya golongan hawa di kampus. Mahasiswi hendaklah sentiasa bersama dalam menghulurkan sumbangan, menunaikan amanah dan tanggungjawab. Kebersamaan mereka dalam bertindak di lapangan perjuangan ini dapat menampung segala kekurangan dan kelompangan yang disedari mahupun tidak.

Agenda dakwah yang besar dan menuntut mahasiswi menyediakan hati yang kental dalam menghadapinya. Jadilah muslimat yang berjiwa besar dengan mengambil ibrah menerusi apa yang telah dilalui oleh generasi sebelum ini. Memetik kata – kata saudari Rafidah binti Salleh, mantan Timbalan Presiden GAMIS, selaku Penasihat SIGMA (SRIKANDI GERAKAN MUSLIMAT MUDA), “Muslimat muda yang tergolong dalam golongan intelektual perlu lebih berjiwa besar dan memandang masalah masyarakat pada hari ini adalah tanggungjawab kita. Idealisma kita sangat didahagai oleh semua untuk membawa masyarakat ke arah yang lebih baik dan bertamadun dari segi akhlak dan budayanya”.

Muslimat Dinamik

Mahasiswi merupakan golongan majoriti penghuni kampus. Rugi andaikata tenaga kerja sebegini banyak tidak dimanfaatkan dengan sebaik mungkin demi kepentingan Islam. Malahan, mereka mampu menjadi sebahagian daripada kilang tersebarnya risalah Islam kepada masyarakat kampus itu sendiri. Muslimat mesti bergerak dengan cara yang tersendiri dan berbeza dengan mahasiswi-mahasiswi yang lain. Keizzahan gerakan muslimat terbina daripada kefahaman mereka terhadap akidah perjuangan dan keimanan dalam diri. Sebagai muslimat yang terlibat dalam menyebarluaskan fahaman Islam, mereka harus memiliki prinsip akidah yang utuh dan mampu menyusun strategi dalam lingkungan syariah bagi membawa risalah dakwah.

Oleh itu, muslimat perlu menyediakan diri dalam setiap lapangan ilmu terutamanya dalam menjuarai isu semasa bagi memastikan pergerakan dakwah Islam berjalan lancar dan kemenangan Islam itu menjadi jelas dan semakin hampir.

Seteguh Karang Di Lautan Ummah

Tsunami kerosakan akhlak yang melanda masyarakat kita pada hari ini sememangnya menuntut serikandi kita untuk membentuk dan memiliki jiwa seteguh karang di lautan. Biarpun hebat badai datang melanda, namun keteguhan dan keutuhan diri ‘Real Muslimat’ itu tidak akan berganjak walaupun seinci. Ruang dan peluang untuk muslimat itu berpencak sememangnya sudah tersedia ada. Program Teman Muhasabah Hewi (TM Hewi) contohnya banyak membantu muslimat dalam mendekatkan jurang dengan mahasiswi kampus yang lain. Selain itu juga, platfom ini dapat digunakan untuk mengasah bakat mereka terutamanya dalam kemahiran pengucapan awam, kemahiran komunikasi, kemahiran menguruskan organisasi yang mana akhirnya mampu menyediakan ikon dalam kalangan masyarakat kampus. Selain itu juga, penganjuran Kem Jati Diri Siswi (KEJASIS) turut membuka jalan kepada mahasiswi untuk meningkatkan kualiti dan kemahiran diri.

‘Track record’ perjuangan hari ini telah meletakkan muslimat di persada dakwah melalui inovasi dan idea cetusan baru sentiasa menuntut kepada keberanian, keikhlasan dan kecekalan hati para ahlinya. Real Muslimat perlu memiliki ciri-ciri anggun, bijak dan solehah. Dalam konteks muslimat yang terlibat dalam menggerakkan dakwah di kampus hari ini, perlu untuk mereka memiliki ciri-ciri seumpama ini dan tidak hanya menumpukan pada ciri-ciri tertentu sahaja.

Konklusinya, muslimat hari ini mestilah mewarnai diri dengan segala sikap dan sifat muslimah sejati. Iaitu mempunyai ilmu penuh di dada, menyediakan diri untuk ditegur, malah redha atas segala kekurangan diri dan mempunyai tekad untuk membaikinya, terus sabar mengatur langkah menegakkan yang hak dan bersiap siaga ke medan perjuangan.

*Petikan ucapan dasar Muktamar PMIUTM kali ke-8.

7 comments:

  1. sayap kiri perjuangan
    ||
    tulang belakang perjuangan
    ||
    kilauan belati
    ||
    belati berkilau
    ||
    Muslimat Power
    ||
    REAL MUSLIMAT.

    ~haha..boleh buat koleksi..

    ReplyDelete
  2. Slogan kan satu anugerah...
    semalam dlm usrah kita belajar...
    tak gitu kamsar?
    muslimin?....=)

    ReplyDelete
  3. im always by your side!
    hehe..ni kamsar punya slogan...
    tak lama lagi ada 'aura'nya yg tersendiri...
    enta masuk PRK bwk slogan ni...=)

    Contoh slogan:
    Islam Hadhari....Kerajaan menang besar!
    1Malaysia...kita tengok plak nanti mcmne...
    berdasarkan kajian masyarakat yg penah kite wat, benda ni nampaknya diterima.

    ReplyDelete
  4. hehe..benda ni nampak diterima ramai sebab publisiti dia sangat kuat. semua medium diguna.

    sekarang kita nak bawak "SEDIA"

    hehe

    ReplyDelete
  5. ya..itulah...
    so aku dah nampak...
    publisiti kene gila2 juga kuatnya...
    walau tak dlm tv,
    byk kaedah lain.
    aku pikir,kene cari satu slogan berkaitan sedia yg best sikit...
    then wat publisti gila2...
    amacam?

    ReplyDelete
  6. bereh saje.
    tgh mengutip idea di FB

    ReplyDelete