Tuesday, January 18, 2011

Aku Bertemu Ainul Mardhiah

Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah aku tersedar pukul 4pagi hari ini.Aku merindui untuk melaksanakan solat Tahhajud yang sudah tiga hari aku tidak laksanakannya.Aku sangat malu pada Maha Pencipta yang menjadikan diri ini kuat dan sihat tapi sangat kurang aku mengabdikan diri dan sujud kepadaNya.Sementara menunggu masuknya waktu subuh aku basahi diri ini dengan wudhuk dan kemudian aku menghamparkan sejadah untuk berqiamullai sujud merendah diri pada Allah s.w.t.

Assalamualaikum ya akhi! tiba-tiba seorang Pak Cik tua memberi salam dari sebelah kiri aku. Entah bila dan dari mana dia datang aku pun tidak menyedarinya.

Waalaikumusalam..."jawab aku sambil menghadiahkan sebutir senyuman"..

Aku pandang mukanya. Pak cik itu hanya tersenyum memandang wajahku kembali..Jom ikut Pak Cik nak..Pak Cik nak tunjukkan anak dengan keluarga Pak Cik yang menanti di sana..

Dalam keadaan kebingungan aku menuruti Pak Cik yang belum lagi aku mengetahui namanya tanpa banyak bicara.Sambil berjalan menuju ke tempat yang dituju aku kehairanan memandang kiri dan kanan betapa cantik dan indahnya pemandangan disekeliling.Belum pernah lagi aku melihat suasana secantik ini dalam hidupku.

Terdetik dalam hati aku ingin bertanya siapakah Pak Cik ini dan ke manakah ingin dia bawa diriku pergi.Tapi aku simpan dahulu niatku itu sehingga sampai ke tempat d tuju baru aku ingin bertanyakan soalan ini kepadanya.

Aku bertambah hairan, bila aku memandang kehadapan aku seolah-olah mengenali tempat itu walaupun belum pernah aku tiba di sana.Kami masih meneruskan langkah, pemandangan di hadapan semakin jelas dan jantung semakin berdegup kencang seakan tidak percaya apa yang dilihat.

Ya Allah! Betul ke ni Pak Cik kita berada di sini? Macam mana boleh kita sampai di sini dengan hanya berjalan kaki?...Aku sangat terkejut dan tidak percaya yang sekarang ini kaki ku berpijak di bumi yang berkat berhadapan dengan Kaabah..

Ya nak!..Ini adalah Makkah dan di hadapan kita ini Kabaah..Pak Cik hanya utusan dari seorang gadis yang ingin bertemu dengan anak..Dia sedang menantimu di hujung sana,pergilah nak..

Mana Pak Cik?..siapa dia?..kenapa ingin berjumpa dengan saya?...aku bertanya dalam keadaan aku masih lagi kebingungan dan tidak percaya apa yang sedang aku lalui ini..Pak Cik tadi hanya diam tidak berkata-kata.

Tanpa banyak bicara aku meneruskan langkah mencari gadis yang ingin bertemu dengan aku..Dari jauh aku memandang seorang gadis yang tersenyum indah.Senyumannya cukup memikat.Tidak pernah aku menikmati senyuman semanis itu.Belum pernah aku melihat wanita secantik itu seumur hidup.

Aku mula melangkah laju, tidak sabar pula ingin bertemu dengannya yang telah membuatkan hatiku terpikat dengan senyumanya walaupun dari jarak yang jauh..

*************************************



Entah kenapa semakin dekat semakin aku rasakan sudah lama kita saling berkenalan antara satu sama lain. Aku pandang mukanya. Dia hanya tersenyum seperti mengerti apa yang bermain di fikiran. Hidungnya mancung, kulit putih melepak hingga nampak berbayang urat hijau halus di pipinya, mata bulat bersinar dan alisnya lentik.

Nafasku mula ditarik panjang, jantung tidak henti berdegup dengan lebih kencang. Apakah gerangannya gadis cantik ini ingin bertemu dengan aku?..Adakah aku ini saudaranya?..terlintas pelbagai persoalan di benak minda ku sambil kaki melangkah laju menuju ke tempat gadis itu berdiri.

Assalamualaikum wahai pemuda budiman!..belum sempat aku berdiri di hadapannya telah sampai ucapan salamnya mendahului ucapan aku..Belum pernah lagi aku mendengar suara semerdu suaranya, bagaikan alunan muzik mententeramkan jiwa yang mendengarnya.

Waalaikumusalam..aku menjawab salamnya dengan nada perlahan sambil ku pandang wajahnya yang sungguh indah dan tenang. Cik siapa? Kenapa ingin berjumpa dengan saya?..

Gadis cantik itu hanya tersenyum seolah-olah telah mengetahui persoalan ini akan ku tanya kepadanya.

Namaku Ainul Mardhiah. Aku bidadari dari syurga yang paling cantik dan jelita. Diriku hanya untuk lelaki yang syahid di medan jihad.

Aku kemari bertemu denganmu adalah sebagai utusan dari isterimu yang merupakan ketuaku di syurga sana..

************************************

Haa?..Isteri saya?..Cik Ainul Mardiah salah orang ni, saya belum kahwin lagi. Mana mungkin saya memiliki isteri yang tinggal di syurga. Siapa sebenarnya yang ingin awak jumpe?..Aku sangat terkejut dengan kata-kata yang terkeluar dari bibir bidadari cantik itu.

Dia hanya tersenyum indah, mengerti perasaan yang aku alami ini..Ya! saya utusan isterimu. Namamu Syabab bin Abdullah kan?..Kamu sungguh bertuah kerana dikurniakan seorang isteri sepertinya.

Ya! itu memang nama saya..Aku sungguh keliru dan hairan dengan keadaan yang aku alami ini. Perihal tentang namaku juga Ainul Mardhiah mengetahuinya. Hati kecil ini bertanya siapakah isteriku yang sebenarnya?. Ingin sahaja aku bertanyakan terus padanya. Tapi belum sempat aku bersuara..

Aku sangat cemburu dengan isterimu.."Ainul Mardhiah bersuara terlebih dahulu"..Semasa hidupnya di dunia dia telah menjual seluruh dirinya untuk Allah dan Rasul. Cintanya pada Allah dan Rasul melebihi cintanya pada diri sndiri dan orang lain.

Kali ini aku hanya diamkan diri. Hanya menanti butiran luahan dan cerita darinya mengenai isteriku.

Hidupnya penuh dengan mujahadah. Sentiasa membersihkan diri untuk mendekatkan jiwa dan hatinya pada Allah. Hidupnya adalah hidup untuk mati. Hidup untuk berjuang. Hidup untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Kamu sungguh beruntung memilikinya di dunia dan akhirat.

Perkataan darinya adalah peringatan yang mendekatkan dirinya pada Allah. Ucapanya adalah nasihat dan dakwah. Bibir dan hatinya tidak pernah henti berzikr pada Allah. Setiap tindakannya adalah ibadah. Dia menjadikan al-quran sebagai teman dan penasihatnya. Rasulullah menjadi tauladannya. Syahid menjadi cita-citanya.

Aku cemburu pada isterimu.

Dia seorang isteri yang penyanyang. Isteri yang taat dan patuh pada suami. Isteri yang penyabar. Dia memberi tidak pernah mengharapkan balasan dari sesiapa pun melainkan hanya mengharapkan keredhaan Allah s.w.t. Isterimu telah menjadi 'tulang belakang' dirimu dalam menempuh cabaran dan dugaan hidup sebagai seorang daie. Tubuh yang kamu miliki sudah pasti tidak mampu bergerak tanpa memiliki ' tulang belakang' yang kuat dan setia. Dia sentiasa berjuang di samping mu.

Dia menjadi penyejuk mata bagimu. Penawar hati dan penajam fikiran mu. Ketika kamu sunyi terasa ramai bila bersama dengannya.

Bersyukur lah pada Allah wahai pemuda.

Isterimu telah melahirkan zuriat yang menjadi mata rantai pada perjuangan Rasulullah s.a.w. Dia sentiasa gigih dan sabar dalam mendidik anak-anak kamu supaya menjadi pemuda al-Quran yang berjihad di jalan Allah. Dia tidak pernah sekali-kali merungut dalam mendidik anak-anaknya.

Walaupun isterimu bukanlah sehebat Saidatina Khadijah r.a tapi dia sentiasa berusaha untuk menjadi penolongmu di waktu senang dan susah. Walaupun isteri tidaklah sepintar Saidatina Aisyah r.a tapi dia berusaha untuk menyumbangkan idea bagi membantu mu berjuang. Walaupun isteri mu tidak setabah Siti Hajar tapi dia sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik buat suaminya yang tercinta.

Sungguh aku cemburu padanya. Dia sungguh cekal dan tabah walaupun di uji. Sekarang, dia menjadi ketua ku di syurga kerana dia mendapat syafaat Allah dan Rasul.

Aku datang bertemu dengan mu adalah permintaan darinya untuk menyampaikan pesanan kepada mu.

Pesanan kepadaku?...aku pura-pura membuat terkejut supaya dia tidak akan mengetahui bahwa aku sekarang telah jatuh cinta pada wanita yang dia ceritakan itu. Benarkah itu adalah isteriku?..Jantung aku berdegup bagaikan memberontak kerana tidak dapat lagi menahan perasaan ingin bertemu dengan wanita yang bergelar 'isteri' itu.

Dengar dan hayati betul-betul pesanan isteri mu ini wahai Syabab...Ainul Mardhiah meneruskan kata-katanya. Suaranya yang merdu masih lagi mampu aku rasai ketenangan darinya.

*****************************

Jangan berangan-ngan la akhi!

Nak cari mana muslimat macam tu, tgk la muslimat kita sekarang ni!

Ni mesti terpengaruh dengan filem-filem cinta!

Ustazah sekarang ni pun bukannya boleh percaya, pakaiannye je ok tapi perangai..macam hantu!

InsyaAllah, ana doakan enta agar mendapat isteri yang solehah di dunia dan akhirat!

ana yakin, lelaki yang baik untuk wanita yang baik..jangan risau, ana tahu enta baik ya akhi!


Pelbagai respon yang aku dapat dari kawan-kawan laki satu kampus dan satu rumah dengan aku. Ada yang kata macam ni, ada yang kata macam tu, ada yang marah, ada yang menyampah ada yang menyokong dan sebagainya bila kisah mimpi aku itu dikongsikan bersama meraka.

Aku sedikit pun tidak kisah tentang apa yang mereka perkatakan, apa yang baik aku ambil dan apa yang tidak elok itu aku tinggalkan dan di jadikan sempadan. Tapi dalam hati kecil aku tetap berkata bahwa mimpi aku itu bukannya mainan tidur semata-mata tapi di dalam terdapat 1001 hikmah nasihat untuk diriku yang bergelar pemuda.

Kenapa nama aku muncul dalam mimpi itu sebagai Syabab b. Abdullah sedangkan ia bukan nama sebenar aku tapi aku mengiyakannya di dalam mimpi tersebut. Aku mesti berjumpa dengan murobbi aku petang nanti untuk ceritakan mimpi aku ini padanya. Mungkin murobbi aku boleh menafsirkannya kerana belaiu merupakan seorang alim yang sangat digeruni kawan dan lawan.

Oooo....begitu ke ustaz...Terima kasih ye ustaz..InsyaAllah saya akan berusaha untuk memperbaiki diri saya ini.

Setelah hampir 2 jam bertemu dan berbicara dengan murobbi aku itu aku mendapat sedikit tafsiran dan petunjuk darinya. Katany mimpi aku itu bukan hanya untuk diriku seorang sahaja tapi untuk mereka yang bergelar "Syabab yakni PEMUDA". Katanya lagi, bersihkan lah diri mu dari segala maksiat, kuatkan lah qiamullaimu, ikhlaskanlah hatimu dan taatlah pada Allah dan Rasul.

InsyaAllah Ainul Mardhiah akan datang bertemu dengan mu lagi untuk menyampaikan pesanan 'isterimu' itu.

*****************************

Kisah aku ini belum berakhir lagi dan ia tidak akan berakhir selagi nyawa di kandung badan. Aku sedar bahwa diri aku ini milik Allah s.w.t dan kepadanya la aku akan kembali. Aku mulia sekiranya Allah memuliakan diriku di sisiNya dan sekiranya Dia ingin hinakan diriku ini sudah pasti aku hina di sisiNya. Tapi sebagai hambaNya aku akan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri agar bertambah dekat denganNya dan bertambah keimanan kepadaNya.

Semalam aku di bawa sekali lagi bertemu dengan Ainul Mardhiah di hadapan Kaabah yang dimuliakan Allah s.w.t. Tidak berubah rupa parasnya. Teramat cantik sehinggakan tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Suaranya masih lagi memberikan ketenangan kepada hati aku ini yang mendengar.

Dengan berjubahkan hijau dan berselendang biru, Ainul Mardhiah memulakan bicaranya dengan membacakan ayat al-quran sebelum menyambung kalam menyampaikan pesanan 'isteriku' yang berada di syurga.

Wahai pemuda! ingin ku ingatkan kepadamu akan peringatan Allah ini..Ainul Mardhiah bertutur merdu merenung terus ke dalam mata ku. Jelas kelihatan seri pada matanya yang berpancar dengan sinaran biru muda.

Sesungguhnya kamu akan diuji oleh Allah s.w.t selagi nyawamu di kandung badan. Dengan ujian ini lah Allah akan menilai samada kamu adalah hamba yang benar-benar beriman dan bersyukur kepadaNya.

Malam itu aku langsung tidak berkata-kata. Hanya mendengar bicara dari bidadari jelita membawa 1001 pesanan bermakna dari 'isteriku' sehingga aku terlupa untuk bertanyakan siapakah isteriku itu dan apakah namanya.

Wahai pemuda! Isterimu sangat bangga mendapat suami sepertimu. Kesenangan dan kesusahan bersamamu amat dihargai oleh isterimu itu. Pesanan yang ingin ku sampaikan dari isterimu ini hanyalah sekadar peringatan buat dirimu yang akan terus berada di medan jihad hingga ke akhir ayat.

Wahai suamiku yang dicintai! Masihkah engkau ingat ikrar kita bersama. Kita telah berjanji setia ingin menjadikan Allah adalah matlamat akhir kehidupan kita, al-quran sebagai panduan hidup, Rasulullah di jadikan tauladan, jihad adalah jalan juang kita bersama dan mati syahid ada cita-cita tertinggi.

Oleh itu, janganlah engkau lupa akan ikrar kita ini. Teruskanlah wahai suamiku berjuang kerana Allah sehingga ke akhir hayat hidupmu. Bersabarlah di atas setiap ujian yang engkau akan hadapi di medan perjuangan nanti. Sesungguhnya kehidupan ini hanya sementara sebagai medan untuk mendapatkan keredhaanNya supaya bahagia pada kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak.

Wahai suamiku yang paling aku kasihi! hindarilah sifat 'wahan' iaitu cintakan dunia dan takutkan mati. Gantilah dunia mu dengan akhirat dan gantilah cintamu pada dunia dengan kecintaan hanya pada Allah dan Rasul.

Begitu banyak pesanan yang isteriku sampaikan sehinggakan tidak mampu untuk aku ceritakan di sini. Sebelum berpisah dengan Ainul Mardhiah sempat aku membukakan kata menyampaikan pesanan kepada 'isteriku'.

Aku tidak mahu mengetahui siapakah dirimu dan mendapatkan isteri seprtimu bukan matlamat kehidupanku. Tapi aku sangat bersyukur pada Allah s.w.t kerana mendapat peringatan yang bermakna buat diriku sebagai seorang hamba dan pejuang agamaNya. Sekiranya aku tidak dapat bertemu dengan mu di dunia ini, semoga kita akan dipertemukan oleh Allah s.w.t di akhirat kelak.

Aku tersedar dari mimpiku. Tanpa aku sedari air mataku mengalir deras melalui pipiku ini. Aku sangat malu pada Allah s.w.t. Sungguh banyak kurnianNya kepada aku tapi aku masih lagi leka dan lalai dengan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada ku ini sebagai seorang hambaNya yang hina.

Masih banyak lagi perintahNya yang tidak aku laksanakan. Hati aku ini masih lagi ada titik hitam dosa dan maksiat. Aku malu padaMu ya Allah. Seringkali Engkau mengampunkan dosa-dosa hambaMu yang tidak henti melakukan dosa dan maksiat.

Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosaku ini. Bimbinglah diriku ini kepada jalan yang Engkau redhai. Berikanlah aku kekuatan untuk berjihad di jalanMu. Jadikanlah aku hambaMu yang benar-benar beriman dan bersyukur padaMu. Golongkanlah aku di dalam golongan mereka yang mewarisi syurga firdausMu.

Wahai pemuda! marilah sama-sama kita bangkit memperjuangkan kebenaran. Janganlah kita sia-siakan waktu muda dan kuat kita ini. Mudah-mudahan kita akan sentiasa mendapat rahmat dan redhaNya.

Ya, kisah aku belum berakhir. Episod kehidupan aku ini akan berterusan selagi mana ajal belum datang menjemput. Aku akan sentiasa mengingatkan diri ini agar sentiasa meletakan keredhaan Allah sebagai matlamat kehidupan aku ini. Jika aku berjaya, kejayaan itu adalah dengan keizinanNya dan jika aku mendapat kegagalan sesungguhnya ia adalah dengan izinNya.

Aku tidak tahu apa yang akan mendatang. Suka, duka, sedih, gembira dan sebagainya semuanya adalah datang dariNya. Aku juga seperti kamu semua. Mengharapkan kejayaan di di dunia dan akhirat.

"semoga kita semua mendapat kejayaan di dunia dan akhirat"

Dipetik dari blog sahabat:
Masterkey of Tarbiyah

4 comments:

  1. Subhanallah...

    Sukarnya menjadi yang terbaik untuk mendapatkan yang terbaik...namun selagi nyawa berjasad, teruskanlah...Moga thabat di jalanNYA..

    ReplyDelete
  2. cheessss...
    potong stim betul la..

    panjang mimpi syiekh..
    sampai terlepas tahajjud..
    xpa..esok cuba lagi..

    ~selamat bertemu!

    ReplyDelete
  3. salam..kali terakhir ana bace post ni kat blog ustaz zul,lepas tu dapat undangan ke terengganu untuk walimah..adakah ini bayangan bahawa ade sahabat yang akan melangsungkan walimah dalam masa terdekat??hurmm...

    ReplyDelete