Sunday, February 21, 2010

Pejuang Agama yang FAJIR

“Innallaha yuayyiduddin birajulil fajir”-Hadis riwayat Bukhari
Sesungguhnya Allah menguatkan agama dengan lelaki yang fajir(jahat).

Perjuangan dakwah ini tidak pernah melalui jalan yang mudah. Jalan yang dilalui sungguh sukar dan amat panjang. Inilah hakikat perjuangan yang dilalui oleh para utusan Allah S.W.T. Hadis yang disabdakan oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W ini merupakan satu peringatan kepada kaum Muslimin khususnya mereka yang terlibat dalam perjuangan dakwah ini. Baginda mendedahkan bahawa barisan pejuang-pejuang dan pendokong-pendokong agama Allah ini tidak selamanya terdiri dari kalangan manusia mujahid yang mukmin dan soleh, yang berjuang dengan penuh keikhlasan kerana Allah S.W.T untuk mencari ridha-Nya, akan tetapi perjuangan dakwah ini juga dibarisi oleh golongan-golongan jahat (fajir) yang bergelumang dengan dosa dan maksiat.

Manusia yang berjiwa munafik juga turut berjuang menegakkan agama Allah dengan motif yang bukan kerana Allah. Mereka adalah antara pejuang-pejuang yang sangat gigih membawa agama Allah dan Islam mendapat kelebihan dan kekuatan di atas perjuangan mereka, namun sahabat sahabat sekalian, perjuangan mereka hanyalah sia-sia. Ianya tidak mempunyai nilai di sisi Allah. Nauzubillah...

Siapa manusia FAJIR itu?

Ingatkah sahabat sekalian tentang kisah seorang pejuang yang sangat hebat ketika berlakunya Perang Khaibar? Pada ketika itu, semua tentera Muslimin amat kagum dengan kehebatan pejuang ini yang berjaya menumbangkan ramai orang-orang kafir. Sehingga, beliau sendiri juga mendapat luka yang parah ketika pertempuran berlaku. Lalu, Rasulullah menerangkan kepada sahabat-sahabat bahawa orang tersebut adalah penghuni neraka. Sahabat-sahabat terkejut dengan penerangan baginda. Sehinggalah sampai pada waktu malam, pejuang yang luka parah itu telah membunuh dirinya kerana tidak tahan dengan kesakitan yang dialaminya. Apabila berita tentang pembunuhan ini sampai kepada Rasulullah, baginda bersabda :

“ Aku adalah hamba Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah menguatkan agama dengan lelaki yang fajir”

Inilah salah satu contoh yang jelas apabila perjuangan bermotifkan munafiq. Sesungguhnya, perjuangan ini tidak akan menyelamatkan pejuang-pejuang Islam yang fajir dari api neraka. pejuang yang fajir ini akan memperlihatkan kelakuan-kelakuan yang bertentangan dengan Islam itu sendiri.

Oleh itu, selaku orang yang terlibat secara langsung dalam membawa perjuangan Islam samaada di alam kampus ataupun di Malaysia, kita sepatutnya berhati-hati dengan golongan seperti ini. Perbanyakkanlah berdoa agar kita tidak termasuk dalam golongan fajir ini. Wassalam.javascript:void(0)

*Perkongsian daripada buku Pedoman Hidup dari Hadis-Hadis Rasulullah S.A.W.


1 comment:

  1. Lelaki fajir semasa zaman Rasulullah tu dapat gak jumpa Rasulullah
    Tapi orang sekarang lagi teruk...
    Dahlah tak kenal nabi...
    Pejuang agama tapi tak tahu bila dia beragama..
    lagi kesian

    ReplyDelete