Wednesday, February 24, 2010

Mati Ketika Membaca Khutbah...Subhanallah!

Ustaz M pada kursus hari kedua telah bercerita tentang seorang imam yang
meninggal ketika sedang membaca khutbah pada solat Jumaat.

Kursus hari kedua ni bermula jam 9.15 pagi. Sebelum memulakan kursus, ada
jemaah yang kelihatan sedang mendaftar semula kat meja pengelola, ada
jemaah yang mundar mandir sambil menunggu ketibaan Ustaz M, ada yang
solat sunat Dhuha. Ada yang duduk2 berborak dan berkenalan antara satu
lain dan ada yang nampak berzikir. Maklumlah yang datang kursus ni
bukannya sedikit. Hampir 180 orang kesemuanya. Ustaz M cakap, inilah
kursus pengurusan jenazah yang paling ramai yang dia kendalikan. Sebelum
ni, paling ramai pun yang berkursus adalah dalam lingkungan 50 - 60 orang
sahaja. Luar biasa ramainya, puji beliau.

Ustaz memulakan kursus dengan sedikit ucapan alu-aluan. Kemudian, dia ada
menyentuh sikit tentang solat sunat Dhuna.
Sebab sebelum tu ramai juga jemaah yang solat sunat Dhuha. Solat sunat
Tahiyyatul-Masjid sudah pasti. Meneyentuh tentang solat sunat dhuha ni,
Ustaz M memulakan cerita.

Berlaku di sebuah masjid di selatan ibu Kota Kuala Lumpur. Masa tu, hari
Jumaat. Solat JUmaat sudah dimulakan pabila bilal melaungkan azan dan
sejurus kemudian imam naik ke mimbar untuk mula membaca khutbah.

Imam kali ini ialah seorang pemuda yang berusia 28 tahun. Muda lagi. Dan
sudah berkahwin. Jemaah di situ memang sudah arif sangat dengan imam ini.
Imam ini memulakan khutbahnya. Sampai pada perkataan, "Uusyikom
Bitaqawallah, Waihyaa........................". Tiba-tiba imam ini
terdiam....

Semua para jemaah diam (memang dengar khutbah kena diam pun) dan hanya
memerhati sahaja ke arah imam. Semua mata tertumpu kepadanya

Imam masih lagi senyap. Matanya terpejam rapat. Tidak bergerak. Suasana
hening seketika. Kedengaran sekali sekala bunyi enjin kenderaan motor
keluar-masuk kawasan masjid menandakan ada jemaah yang baru tiba. Mana
yang tengah berwudhu' nampak tidak berapa ambil pusing dengan apa yang
sedang berlaku di atas mimbar. Di satu sudut masjid pula, kelihatan
jemaah yang tak mendengar khutbah, leka mengunyah pisang emas dan pisang
montel yang disedekah oleh orang ramai. Ambil berkat gamaknya.

Tiba-tiba tangan imam yang sedang memegang kayu mimbar, melurut ke bawah,
dan beliau pun jatuh terduduk di atas kerusi khatib. Kepalanya terlentuk
ke bawah. Makmum yang masih tergamam dengan peristiwa ini, segera bangun
untuk melihat apa yang terjadi. Bilal menerpa ke arah imam dan ingin
membantu serta menolong jika sesuatu yang buruk berlaku kepada khatib.
Imam (khatib) dipapah turun dan diletak di hadapan para jemaaah di saf
hadapan. Setelah diperiksa oleh bilal, tiada perkataan lain yang boleh
diucapkan selepas itu melainkan, "Innalillahi wainna Ilaihi roojiuun...".


Kembalinya ke rahmatullah seorang imam yang amat berjasa pada masyarakat
setempat. ada makmu yang masih terkejut dengan peristiwa ini. Ada juga
yang menitiskan air mata tanda terharu. Hilang sudah sebutir permata yang
baru nak berkembang mekar. Hilang juga satu cahaya yang menerangi alam
yang fana ini. Yang uniknya kata ustaz M, sewaktu imam itu menghembuskan
nafas terakhirnya, jatuhnya betul-betul di atas kerusi yang berada di
belakangnya dan terus sahaja duduk. Tidak jatuh tersungkur ke depan, dan
tidak juga jatuh sama ada ke kiri atau ke kanan mimbar. Elok sangat duduk
atas kerusi khatib, sama seperti beliau duduk sebelum memulakan bacaan
khutbah tadi...dan pada masa ini juga, dipercayai, imam tersebut telah
pun meninggal dunia....Jenazah pun dibawa balik untuk diuruskan...

Ustaz M pun dipanggil untuk menguruskan jenazah ini.

Sebaik kain penutup mayat diselak untuk memulakan proses mandian jenazah,
ustaz M begitu terkejut bercampur terharu yang amat sangat bila melihat
beberapa kejadian mengkagumkan berlaku pada mayat. Apa yang terharu dan
peliknya?....

Ya,

Badannya jenazah itu amat berseri dan masih nampak kelihatan darah masih
mengalir lagi pada seluruh tubuhnya. Seolah-olah jenazah ini masih hidup.
Tidak mati gitu. Macam orang tidur aje. Dan yang lebih mengkagumkan ustaz
M lagi, keluarnya satu haruman yang semerbak dari badan jenazah. Wangi
sungguh! Tak pernah ustaz M mencium bau wangian sebegini rupa selama dia
menguruskan jenazah lain sebelum ini! Hebat mayat ni, fikir ustaz M...

Subhanallah!

Hati ustaz M begitu melonjak girang untuk meneruskan memandikan jenazah
imam sehingga selesai. Hati kecilnya berdoa,
Ya Allah! Engkau Maha Mulia! Engkau telah memuliakan mayat ini, maka
muliakanlah ia sehingga aku selesai memandikannya. Aku begitu seronok
melihat jenazah dalam berkeaadan begini. Ya Allah...Ya Allah..Ya
Allah.............

Rupanya-rupanya kemuliaan jenazah imam ini tidak berakhir di situ. Doa
ustaz M dimakbul Allah SWT. Menurut ustaz M lagi, sewaktu jenazah imam
ini nak ditanam ke dalam liang lahad, sahabat-sahabat yang menggali kubur
memberitahu, muncul pula pelbagai jenis bunga-bungaan yang datang ntah
dari mana, turut berada di dalamnya . Masa gali tadi takde. Elok aje
mayat sampai, banyak pula munculnya. Cantik sungguh liang lahad dengan
dihiasi bunga-bungaan tersebut, seolah-olah sedang meraikan dan menanti
kedatangan bakal penghuni syurga!

SUBHANALLAH! SUBHANALLAH!

Tak tau apa lagi nak cakap betapa Allah SWT telah pun meletakkan
hamba-Nya ini di maqam tertinggi dan dimuliakan Tambahan pula, ianya
sudah pun dipertontonkan pada umat Islam lain, agar memahami dan
menegerti bahawa inilah balasannya. pada orang yang beramal soleh serta
taat dan patuh pada perintah-Nya! Sesungguhnya Allah itu tidak memungkiri
janji-NYa!
Seperti biasalah, ustaz M pasti tak akan puas hati kalau tak bertanya
pada isteri yang dimuliakan Allah imam tersebut tentang apakah amalan si
arwah pada masa hidup sehinggakan jenazahnya mendapat pengikhtirafan
sebegitu rupa sejak dari alam dunia lagi.

Menurut kata isteri arwah imam tersebut, sepanjang dia hidup bersamalah,
perkara yang dia perasan, amalan imam itu semasa hayatnya kalaulah ia
boleh dijadikan ukuran, ialah tidak pernah meninggalkan solat sunat Dhuha
dan solat sunat Witir.

Inilah amalan istiqamahnya. Setiap malam, sebelum arwah menutup dairi
kehidupannya hari itu dan tidur, pasti dia akan menunaikan solat witir.
Setiap hari, sehinggalah ke pengakhiran hayatnya, ditambah pula oleh
amalan-amalan lain yang dilakukan sebagai seorang yang menjawat jawatan
sebagai seorang imam untuk kawasan tersebut.


Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment