Ancaman ugutan, provoksi yang agak melampau serta pengeksploitasian sesetengah individu yang menggunakan kuasa yang ada sudah menjadi kebiasaan dalam pilihan raya kampus. Pihak-pihak yang terlibat juga sudah lali dengan keadaan ini. Pelbagai langkah dan strategi telah diatur dan diambil dalam usaha mengekang perkara-perkara sebegini. Namun, apa yang agak menyedihkan, tamat pilihanraya, perkara-perkara yang tidak sepatutnya ini masih terus berlaku.
Tatkala mahasiswa mahasiswi yang terpilih menganggotai MPP UTM kali ini sedang bersiap sedia membawakan entiti nombor satu mahasiswa di kampus ini ke lapangan masyarakat mahasiswa, ada sesetengah pihak yang cuba mengganggu serta mengancam mahasiswa disebabkan oleh penglibatan mahasiswa di dalam PRK.
Persoalannya;
Sampai bilakah agaknya perkara sebegini akan terus berlaku?
Apakah tindakan pihak yang bertanggungjawab terhadap perkara ini?
Sama-samalah kita fikirkan. Jangan cabuli demokrasi kampus dengan perkara-perkara yang boleh menurunkan mutu serta kualiti mahasiswa yang cuba bangkit hari ini. Jangan dihalang pendirian serta suara mahasiswa jika ianya tidak menyalahi undang-undang serta syariat Islam. Jangan dipandang rendah golongan mahasiswa yang membawa gagasan idea mereka.
No comments:
Post a Comment