Tuesday, December 27, 2011

Aku Sedang Futur

Salaamun 'ala manittaba'al huda.

 Alhamdulillah...di kesempatan ini, saya ingin kongsikan kepada sahabat sahabiah, ikhwah akhawat yang berada di atas Thoriqud Dakwah, yang sangat panjang dan penuh cabaran ini, yang menuntut kepada tadhiyyah yang tinggi bagi mencapai matlamat perjuangan yang kita bawakan, sebagai satu muhasabah dan peringatan. Semoga Allah SWT memberikan sifat Istiqamah kepada kita semua...InsyaAllah. Baca dan hayatilah, mudah-mudahan ianya mampu memberikan kesedaran kepada kita. Ameen.

Aku sedang futur,
solatku umpama persinggahan hambar,
puasa?Aaah…perutku tak tahan lapar,
malamku berlalu tanpa qiamullail,
mashafku tersisih tagih perhatian,
catatan amalanku mengeluh  hampa.

Aku sedang futur,
melangkah ke jilsah terasa susah,
mendengar pengisian terasa muak,
aku mahukan bebas dan rehat,
bukan langkah yang sering diatur,
bukannya taklifan yang sering membeban.

Aku sedang futur,
bermalas santai menonton filem,
bertukar cerita berbual kosong,
lebih ku suka dan ku damba,
dari ziarah yang belum tentu hasilnya,
dari tazkirah yang belum pasti penerimaannya.

Aku sedang futur,
dakwah bagai merampas segala,
studyku..wangku..masa lapangku,
amar makrufku bukannya dipeduli,
nahi mungkarku dibiar sepi,
jadi..untuk apa aku bertahan lagi?

Ya, aku memang sedang futur!
Tapi kenapa kalian menjauh?
Mengapa tiada tangan yang menghulur,
memaut bahu berkongsi kekuatan,
menutur mau’izah mendamai jiwa?
Bukankah kita umpama bangunan,
saling menguatkan pabila lemah,
saling memperingat tatkala lupa?

2 comments:

  1. Mungkin kerana hati masing-masing terumbang ambing.Wahai hati,sekiranya engkau berpaut pada tali Allah..usahkan sahabat..usahkan musuh..usahkan keluarga...mana bisa mengoyahkan keimanan mu..cukuplah pergantungan pada Ya Rahman..Ya Allah,bantulah sahabat ku ini bersama perjuangan mu..bantulah kami..kerna mungkin aku di kondisi yang sama..Bukalah kalamNya..dengar nasihatNya.Rujuklah hadis kekasihNya ..cintailah ia dan jadilah dantara saff rantai perjuangannya.Salam ziarah sahabat ..sirru ala barakatillah..=)

    ReplyDelete
  2. syukran atas doa dan nasihatmu Ummu Sulaym

    ReplyDelete