Salaamun ‘ala manittaba’al huda.
Alhamdulillah, setelah sekian lama tak mengupdate blog,
akhirnya Allah swt mengilhamkan saya idea untuk berkongsi beberapa perkara
kepada sahabat pembaca. Untuk kali ni, saya lebih berminat untuk berkongsi tentang
3 perkara yang sangat berkait rapat dengan diri seorang lelaki =).
EURO 2012 akan bermula pada 8 Jun 2012 =)
EURO 2012
Wah…kemeriahannya semakin terasa!. Bagi peminat-peminat
tegar bolasepak khususnya, sudah semestinya ternanti-nanti dan bersiap sedia
untuk memberi sokongan kepada pasukan masing-masing (penulis sokong team La Furia
Roja : Sepanyol =D). Maksud saya di sini, bagi peminat fanatic bolasepak, sudah
tentunya mereka telah mengetahui dengan teliti jadual waktu perlawanan pasukan
kesukaan masing2, pasukan kesayangan mereka berada dalam kumpulan mana, siapa
lawan pasukan mereka, dan tak terkecuali sudah membuat persediaan dan
perancangan untuk menonton bersama kawan2 dan sebagainya.
SUAMI
Huh? Ape kaitan Suami dengan EURO 2012? Em, biasalah orang
lelaki ni, kebanyakan daripada mereka ini memang minat sukan bolasepak ni,
takkan minat bola jaring pulak kan… =p.
SOLAT SUBUH
Solat adalah tiang agama. Bila solat tidak didirikan, maka
runtuhlah agama seseorang Muslim itu.
“Jika ingin melihat
kekuatan barisan tentera Islam itu, lihatlah soff pada waktu solat Subuh”-
Saidina Umar R.A.
Jadi, apa perkaitannya EURO 2012, Suami & Solat Subuh ini?
Mari kita teliti kisah pendek ini =)
GOOLLLLLLLL!!!!
Aliyah terjaga daripada tidur apabila terdengar sorakan itu. Aliyah melihat jam di dinding. Jarum pendek di angka tiga. Tahulah dia bahawa suaminya, Akbar masih belum masuk tidur. Dia sudah lali dengan perangai suaminya. Akbar sanggup berjaga malam kerana siaran langsung bolasepak. Sejak dari zaman bujang lagi, Akbar sangat meminati sukan bolasepak.
.............
“Hmmm… abang ambil berat fasal jadual perlawanan bola sepak,
tetapi tak ambil peduli pula jadual solat setiap hari.” Lancar sahaja Aliyah
melontarkan kata-kata nasihat untuk suami tersayang tanpa rasa gusar. [dipetik
dari buku Suami Yang Teruji]
Inilah realiti kebanyakan daripada kita. Jadual perlawanan bola sangat
dititikberatkan, tapi jadual solat?
Sengaja melewat-lewatkan solat juga adalah merupakan
perbuatan mereka yang lalai dalam solat. Aduh, sungguh malang nasib orang Islam
hari ini, sanggup bersengkang mata untuk menonton bolasepak, kunci jam untuk bangun
pukul 2-3 pagi, tapi sayang bila masuk waktu Subuh, ramai yang tewas. Subuh mereka,
nun…bila matahari sudah meninggi ataupun langsung tak solat. Inilah yang
dikatakan sebagai perbuatan sengaja melewatkan solat dan juga mempersendakan
solat!
Iya, tak semua peminat bolasepak macam ni, tapi
kebanyakannya ada yang berpelakuan macam ni ;).
Sabda Rasulullah SAW:
Kunci syurga adalah
solat. [HR Muslim]
Perbezaan antara iman
dan kafir adalah solat. [HR Tirmizi, Muslim & Abu Dawud]
Bagusnya sang Isteri. Memberi teguran kepada suaminya. Saling
berpesan atas kebenaran dan kesabaran. Memang kita tak mampu untuk menghalang
minat suami, namun apa yang boleh dilakukan adalah dengan memberikan nasihat/teguran/tunjuk
ajar supaya minatnya itu tidak melanggar batas-batas syarak. Itulah peranan
yang patut dimainkan oleh seorang isteri.
Isteri yang memahami minat suaminya, tak akan menghalang,
tetapi menunjuk ajar dan memberi nasihat agar minat itu selari dengan syariat
Allah.
Suami idaman wanita ialah lelaki yang bangun untuk solat
malam (bukan untuk tengok bola lewat malam), manakala isteri idaman lelaki ialah wanita yang mampu memberikan nasihat dan teguran jika suami melakukan kesilapan. =)
Kesimpulannya, anda boleh menonton EURO tetapi JANGAN melewatkan dan mempersendakan SOLAT. Ingat bola, ingat solat. (^^,)
"Ya Allah, janganlah Kau masukkan aku ke dalam golongan yang lalai..."
Wallahu'alam.
Inilah team Sepanyol v(^_^)v
Go More Sepanyol Go More!!
salam akhi, mohon share artikel =>
ReplyDeleteTafaddhal ukhti Afifah =)
Deleteperingatan yang berkesan...insyaALLAH (^_^)V
ReplyDeleteInsyaAllah =)
DeleteQiam bola la lepas ni~
ReplyDeleteEm =)
DeleteIngat bola, ingat solat malam.
Untung jika berjaya bangun solat malam+tengok bola ;p