Friday, June 25, 2010

Soalan Kaisar untuk Sayyidina Muawiyah R.A

Kaisar Rom (Raja Rom) mengutus sepucuk surat kepada Sayyidina Muawiyah r.a. (602-680 H). Dalam surat tersebut Kaisar mengajukan beberapa soalan yang mencabar minda. Antaranya :

1. apakah yang tidak ada kiblat?
2. siapa yang tidak mempunyai ayah?
3. siapakah yang tidak mempunyai kaum kerabat?
4. siapakah yang kuburan membawanya berjalan?
5. apakah 3 benda yang tidak diciptakan di dalam rahim?
6. apakah 'yang bernilai' , 'separuh bernilai' dan 'lansung tidak bernilai'?

Dan, Kaisar meminta jawapan sambil meminta supaya diisi dalam bekas kaca dengan benih segala sesuatu....

Lalu Muawiyah r.a. segera menghantar surat Kaisar itu kepada Abdullah Ibn Abbas r.a. (Ibnu Abbas) bagi mencari jawapannya. Ibnu Abbas berkata :

1. " adapun yang tidak mempunyai kiblat, ia adalah kaabah"

2. "yang tidak mempunyai ayah ialah Isa bin Maryam (Nabi Isa)"

3. " yang tidak mempunyai kaum kerabat ialah Nabi Adam"

4. " orang yang 'kubur'nya membawanya berjalan ialah Nabi Yunus (yang ditelan ikan)"

5. " adapun tiga benda yang tidak diciptakan dalam rahim, ia adalah kibas (biri-biri) Nabi
Ibrahim (yang dicipta Allah untuk disembelih setelah nyata baginda tekad menyembelih
anaknya seperti yang diperintahkan Allah), unta Nabi Salleh (yang keluar dari batu) dan ular Nabi Musa (yang asalnya sebatang tongkat)"

6. " Sementara 'yang bernilai' ialah manusia yang memiliki akal dan menggunakannya, 'separuh bernilai' ialah seorang yang tidak mempunyai buah fikiran tetapi menggunakan buah fikiran mereka yang bijak, dan 'langsung tidak bernilai' ialah orang yang tidak mempunyai buah fikiran dan tidak pula menggunakan buah fikiran orang lain"

Kemudian Ibnu Abbas mengisi air ke dalam bekas kaca yang diberikan sambil berkata :
"Inilah benih segala sesuatu". Firman Allah (al - anbiya': 30) : "DAN KAMI JADIKAN
DARIPADA AIR TIAP - TIAP BENDA HIDUP"

Subhanallah....


"Islam itu Tinggi & tidak ada yang lebih tinggi dari Islam"

2 comments: