Monday, February 27, 2012

Di Negeri Miskin Itulah...

Salaamun 'ala manittaba'al huda.

Kelantan Miskin 
Di negeri miskin itulah, 
Jual beli dihentikan bila azan berkumandang, 
Di negeri miskin itulah, 
Selebriti wanita popular tanah air bertudung ayu,
Di negeri miskin itulah, 
Berebut ibu ayah mendaftar anak di Maahad Tahfiz Sains, 
Di negeri miskin itulah, 
Diperkenalkan sistem gadaian Islam Ar-Rahnu menolak riba, 
Di negeri miskin itulah, 
Kerja 5 hari seminggu mula berkuatkuasa, 
Di negeri miskin itulah, 
Hari Jumaat dijadikan hari menuntut ilmu agama, 
Di negeri miskin itulah, 
Cuti bersalin mula ditambah dari 40 ke 60 hari, 
Di negeri miskin itulah, 
Elaun Menteri Besar dipotong utk Tabung Serambi Mekah, 
Di negeri miskin itulah, 
Amalan memberi cenderamata kpd pemimpin dihentikan, 
Di negeri miskin itulah, 
Waktu bekerja pd bulan Ramadhan dipendekkan, 
Di negeri miskin itulah, 
Iddah diberikan khusus kpd kakitangan wanita yg kematian suami, 
Di negeri miskin itulah, 
Tak mungkin sekali kelihatan pawagam dan tempat hiburan, 
Di negeri miskin itulah, 
Papan tanda cara menjaga aurat ditayangkan, 
Di negeri miskin itulah, 
Peringatan waktu solat di sepanjang jalan, 
Di negeri miskin itulah, 
Ramai org mula mengenal tuhan, 
Di negeri miskin itulah,
 lahirnya tokoh2 terkenal, 
Di negeri itulah, 
saya dilahirkan dan dibesarkan.

TGNA, tokoh terkenal kelahiran Kelantan.
 
Model wanita dalam papan tanda iklan yang menutup aurat.

 Dan yang paling penting....
Aku, dilahirkan di kg. padang siam ^^,
tanah merah, kelantan.

Monday, February 20, 2012

Yang Terindah & Yang Terbaik : Kahwin Muda

Salaamun 'ala manittaba'al huda.

Setelah sekian lama tak update blog, hari terbuka hati untuk berkongsi artikel ni. Semoga bermanfaat untuk para pembaca sekalian. Yang baik, kita ambil. Yang tak baik, kita tinggalkan.

Baca, faham & amal2kan. ^^,v
__________________________________________________________________


Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik mahar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)


Tuesday, January 31, 2012

Celik Mata & Jiwa Seorang Isteri


Salaamun ala manittaba'al huda.
Sebuah perkongsian yang menarik dari Prof. Muhaya dalam Motivasi Pagi.

Selamat mendengar dan mengambil pengajaran.

U/P : Suami Isteri & bakal2 suami & bakal2 isteri.


Sunday, January 8, 2012

Doktor Itu, Anaknya...

Salaamun 'ala manittaba'al huda.

Sebuah kisah sebagai perkongsian untuk semua. Nice Story. (^^,)v

                                                                         Being A Doctor for Ummah...


Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital.. dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan.. dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya.. 
 
Apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak.. "kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang.....??kamu ta...hu x anak saya dalam bahaya sekarang nie..??kamu x ada rasa bertanggungjawab ke..??" doktor tersebut tersenyum dan berkata : " sy minta maaf, saya berada di luar hospital & sy datang sepantas yg mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu..dan sekarang, saya harap anda bertenang..jadi, saya dapat buat kerja saya.." "bertenang kamu kata..?! kalau anak kamu berada dalam bilik 2 skrang nie, bolehkah kamu bertenang..??kalau anak kamu mati sekarang nie apa yg kamu buat..??kata si ayah dgn marah.. 
 
Si doktor tersenyum lagi & berkata : " saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci " drp Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali"..doktor x mampu utk memanjangkan hayat seseorang..Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu.." "memberi nasihat bila kita x mengalaminya memang senang..!" gumam si ayah.. 
 
Pembedahan tu mengambil masa beberapa jam..x lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira.. "alhamdulillah..anak anda selamat..!" dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah "kalau kamu ada sebarang soalan..kamu boleh tanya jururawat..!" "kenapa doktor 2 sombong sangat..?! x boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dpt tnya beberapa soalan tentang anak saya..?!"komen si ayah selepas melihat jururawat.. 
 
Jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya : "anaknya meninggal dunia semalam dlm kemalangan jln raya..dia berada dlm upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya utk pembedahan anak encik..dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa utk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya.." 
 
-Moral : Never judge anyone..... because U never know how their life is & what they're going through...

Friday, December 30, 2011

8 Golongan Jahat Dalam Al-Quran

1- Golongan yang tidak  mendapat sedikit pun kebaikan di Akhirat, surah Al-Baqarah ayat : 200.

Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan) di dunia”. (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat.


2-Manusia yang suka berbantah-bantah, surah Luqman ayat :  20.

Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran


3-Golongan yang mengaku beriman kepada Allah SWT sedangkan mereka sebenarnya tidak beriman kepada Allah SWT, surah Al-Baqarah ayat : 8.

Dan di antara manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat”; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.


4-Golongan yang sentiasa bersahabat karib selain daripada Allah SWT, surah Al-Baqarah ayat : 165.

(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).


5-Golongan yang mempergunakan Firman Allah SWT dan Hadis Rasulullah SAW untuk memperdayakan orang lain, surah Al-Baqarah  ayat : 204-205.

Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu).

Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia; sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan.



6-Menyembah Allah SWT tanpa disertai dengan keyakinan yang penuh, surah  Al-Haj ayat 11.

Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata.



7-Beriman kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW tetapi tidak sanggup menghadapi ujian dan dugaan Allah SWT, surah Al-Angkabut ayat : 10.

Dan ada sebahagian dari manusia yang berkata: “Kami beriman kepada Allah”; kemudian apabila ia diganggu dan disakiti pada jalan Allah, ia jadikan gangguan manusia itu seperti azab seksa Allah (lalu ia taatkan manusia). Dan jika datang pertolongan dari Tuhanmu memberi kemenangan kepadamu, mereka sudah tentu akan berkata: “Kami adalah sentiasa bersama-sama kamu”. (Mengapa mereka berdusta?) Bukankah Allah lebih mengetahui akan apa yang terpendam dalam hati sekalian makhluk?


8-Golongan yang menggunakan ayat Allah SWT dan Hadis Rasulullah SAW untuk menyesatkan orang lain, surah Luqman ayat : 6.

Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.

Tuesday, December 27, 2011

Aku Sedang Futur

Salaamun 'ala manittaba'al huda.

 Alhamdulillah...di kesempatan ini, saya ingin kongsikan kepada sahabat sahabiah, ikhwah akhawat yang berada di atas Thoriqud Dakwah, yang sangat panjang dan penuh cabaran ini, yang menuntut kepada tadhiyyah yang tinggi bagi mencapai matlamat perjuangan yang kita bawakan, sebagai satu muhasabah dan peringatan. Semoga Allah SWT memberikan sifat Istiqamah kepada kita semua...InsyaAllah. Baca dan hayatilah, mudah-mudahan ianya mampu memberikan kesedaran kepada kita. Ameen.

Aku sedang futur,
solatku umpama persinggahan hambar,
puasa?Aaah…perutku tak tahan lapar,
malamku berlalu tanpa qiamullail,
mashafku tersisih tagih perhatian,
catatan amalanku mengeluh  hampa.

Aku sedang futur,
melangkah ke jilsah terasa susah,
mendengar pengisian terasa muak,
aku mahukan bebas dan rehat,
bukan langkah yang sering diatur,
bukannya taklifan yang sering membeban.

Aku sedang futur,
bermalas santai menonton filem,
bertukar cerita berbual kosong,
lebih ku suka dan ku damba,
dari ziarah yang belum tentu hasilnya,
dari tazkirah yang belum pasti penerimaannya.

Aku sedang futur,
dakwah bagai merampas segala,
studyku..wangku..masa lapangku,
amar makrufku bukannya dipeduli,
nahi mungkarku dibiar sepi,
jadi..untuk apa aku bertahan lagi?

Ya, aku memang sedang futur!
Tapi kenapa kalian menjauh?
Mengapa tiada tangan yang menghulur,
memaut bahu berkongsi kekuatan,
menutur mau’izah mendamai jiwa?
Bukankah kita umpama bangunan,
saling menguatkan pabila lemah,
saling memperingat tatkala lupa?

Monday, December 19, 2011

Gambar-Gambar Summer Camp : Back To School

Salaamun 'ala manittaba'al huda.

Alhamdulillah, diberikan peluang oleh Allah SWT sebagai salah seorang penggerak kem ini. 3 hari 2 malam yang cukup memenatkan, tapi memberikan pengalaman yang menarik bagi diri saya sebenarnya. Bukan senang nak handle budak2 yang sedang membesar. Budak umur 7-12 tahun ni hyperactive sungguh.hehe...

Saya memang jarang menguruskan bebudak umur range ni. Biasanya kelompok mahasiswa & remaja. Menguruskan kelompok mahasiswa & remaja agak senang maybe sebab dah terbiasa. Tapi bila handle budak2 kecik ni, rasa cabaran agak banyak & kesabaran pula perlu tinggi ;p.

Diorang punya perangai macam2. Sampai naik penat abg2 & kakak2 fasi dibuatnya. Well, ini adalah pengalaman berharga buat saya. em,lepas2 ni, dah tahu mcmne nak handle budak2 mcm ni,insyaAllah. Jadi,saya kongsikan sedikit gambar2 di kem tersebut. Ada banyak lagi gambar2, nanti saya share lain kali ye.